,
Laman Utama

“Mari Kita Belajar Sebut Perkataan ‘Doubt’ – Adibah Noor Betulkan Sebutan Bahasa Inggeris Rina Harun

Fiza Kamarudin
16/02/2021
01:31 MYT
Penyanyi dan pelakon Adibah Noor menjadi sebutan di laman sosial Twitter selepas dia tampil membetulkan sebutan Bahasa Inggeris Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun.
Adibah menerusi ciapannya di Twitter telah memuat naik potongan video ucapan Rina di persidangan Suruhanjaya Pembangunan Sosial (CSocD59), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Sesi ke-59, baru-baru ini.
Adibah bagaimanapun memuji penulis skrip yang menyediakan ucapan tersebut meskipun Rina kelihatan kekok ketika membacanya.
“Saya akui, penulis skrip (ucapan Rina) sangat bagus dan saya harap saya dapat membacanya sendiri.
“Apa-apa pun, mari kita belajar menyebut perkataan ini, 'doubt' (keraguan). Saya dah pernah buat video tentang ini tapi mungkin anda dah lupa.
“Jadi cara nak sebutnya (doubt) hilangkan bunyi ‘b’ bukan, dup, daob, dib tapi d-out,” ciapnya beserta tanda pagar #Pronunciation, #BetulkanYangBiasa dan #BiasakanYangBetul.
Perkongsian tersebut telah ditonton lebih 250 ribu kali dan menerima hampir 15 ribu ulang kicau dan 20 ribu tanda suka. Adibah sebelum ini pernah memperbetulkan kesalahan sebutan Bahasa Inggeris beberapa selebriti seperti Haqiem Rusly termasuk penyami berita TV3, Ramzan Mohd Saufi.
Terdahulu video ucapan Rina secara maya itu menjadi perdebatan wargamaya selepas ia tular di pelbagai platform media.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Rasanya Dia Lagi Fasih Daripada Saya” - Zahirah Macwilson Akui Penting Anak Tahu Bahasa Melayu

gempak
14/09/2024
08:55 MYT
Pelakon, Zahirah Macwilson akui berasa kagum melihat anak sulungnya, Isaac Raees bertutur dalam bahasa Melayu dengan lancar.
Berita

Sarapan Popular Malaysia, Nasi Lemak, Roti Canai & Teh Tarik Dihidang Di Pejabat PBB Geneva

gempak
22/06/2024
00:57 MYT
Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Organisasi Antarabangsa di Geneva telah menganjurkan acara eksklusif bertajuk 'Malaysian Breakfast Culture: The Protection of Intangible Cultural Heritage' di Geneva.
Hiburan

“Fasih Berbahasa Inggeris Bukan Sebab Bongkak Tapi Pendidikan” - Puteri Balqis

gempak
08/03/2024
02:44 MYT
Suka dengar Aqish bila cakap Bahasa Inggeris.
Laman Utama

PBB Beri Amaran, Lapisan Ais Di Antartika Terus Mencair

gempak
25/11/2023
15:50 MYT
Lapisan ais semakin cair.
Gegar Vaganza All Star

All Stars Gegar Vaganza: Siti Nordiana Belajar Bahasa Inggeris Dengan Anak - “Dengar Berkali-Kali, Tanya Rayyan Sebutan Betul Ke Tak”

gempak
14/11/2023
08:55 MYT
Best je Nana bawa lagu Britney, cayalah!