,
Hiburan

Mana Peminat Grunge? Ayuh Jumpa Di Butterfingers Transcendence 20th Years!

Fiza Kamarudin
13/09/2019
10:55 MYT
Kalau anda peminat muzik "rock dan grunge" pada lewat 90-an dan awal 2000 dahulu, semestinya Butterfingers bukan nama yang asing.
Silap-silap anda juga pernah memainkan lagu-lagu hit mereka seperti The Chemistry (Between Us), Faculties of The Mind, Epitome, Meltdown dan pelbagai lagi dari album tersohor, Transcendence yang berjaya meletakkan Butterfingers di tempat ketiga dalam carta RIM International dengan penjualan melebihi 60,000 unit.
Buat para peminat Butterfingers, nama seperi Emmett (vokal), Kadax (bass), Loko (dram) dan LoQue (vokal/gitar/keyboard) bukanlah asing lagi.
Mereka merupakan ahli- ahli asal Butterfingers sejak ditubuhkan. Menariknya pada kali ini, mereka berempat akan kembali untuk beraksi di atas pentas bersama-sama pada 2 November 2019 di Stadium Malawati, Shah Alam.
Konsert ini juga diadakan untuk meraikan sambutan ke-20 tahun album Transcendence iaitu antara hasil karya terbaik mereka sepanjang kembara seni mereka sejak 1996.
Rugi kalau tak ambil kesempatan pergi ke konsert ini kerana Butterfingers akan beraksi selama 2 jam untuk menebus semula dengan para peminat dengan memainkan hanya lagu-lagu grunge mereka!
Jadi, pastikan anda tidak ketinggalan untuk persembahan yang bakal menukar hidup anda ini! Tiket akan dijual bermula dengan harga RM150 (tidak termasuk caj- caj lain) dan akan diumumkan secepat mungkin.
Buat masa sekarang , sila ke laman sosial Facebook Butterfingers dan juga Instagram Rasmi Butterfingers - Butterfingers.my untuk maklumat lanjut!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Peraduan

GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur

gempak
18/09/2024
09:40 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur Secara Percuma? Memang best!
Hiburan

7 Tahun Bela Rambut, Mawi Reda Botakkan Kepala Live Demi Konsert Tsumawi! - "Masa Tengok Anak Sedih, Saya Pun ..."

gempak
17/09/2024
09:30 MYT
Penyanyi, Mawi sanggup membotakkan kepalanya secara langsung ketika majlis sidang media Konsert Tsumawi 20th Mawi World Live in KL di Hotel Tenera, Bangi pada Selasa.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.
Hiburan

“Tak Mahu Lakukan, Malas Nak Rasa Kecewa Lagi Tapi…” – Aina Abdul Akui Hampir Mengalah! Demi Peminat, Tetap Bangkit Anjurkan Konsert Imaji Tour

gempak
14/09/2024
13:55 MYT
Bagaimanapun kata Aina, semangat yang diberikan oleh orang sekeliling membuatkan dirinya bangkit untuk memastikan impiannya menganjurkan konsert berkenaan terlaksana.
Hiburan

Alan Walker Tunaikan Janji, Gegarkan KL Base 8 Nov Ini

gempak
14/09/2024
04:55 MYT
Menurut Alan, keputusan untuk membatalkan konsertnya sebelum ini adalah disebabkan faktor keselamatan dan juga isu penyalahurusan.