gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
“Nampaknya Yang Paling Besar, Bukan Betis Tapi Kepala” - Remy Ishak
VIRAL
Anak Usia Sebulan Jadi Mangsa Hinaan Netizen, Influencer Tampil Buat Laporan Polis - “Benci Saja Aku, Jangan Kaitkan…”
VIRAL
Prince Syed Rai Hari Jadi, Potong Kek Bertatah Emas Nilai Lebih RM200,000 - "Isteri Saya Pula Pakai Perhiasan RM2 Juta Ala Sridevi"
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

“Mana Betina Yang Porak-Perandakan Ni?” – Nabila Huda Muat Naik Video Monolog Part 2, Shila Amzah Pun Ada Komen

Umirah Halim
Umirah Halim
14/07/2025
03:51 MYT
Sponsor Banner
“Mana Betina Yang Porak-Perandakan Ni?” – Nabila Huda Muat Naik Video Monolog Part 2, Shila Amzah Pun Ada Komen
Pelakon Nabila Huda sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila memuat naik sebuah video monolog yang dipercayai sarat dengan sindiran terhadap individu tertentu.
Menerusi rakaman yang dimuat naik di Instagram, Nabila atau lebih mesra disapa Abil menyampaikan dialog yang menyentuh isu penderitaan seorang lelaki akibat perbuatan wanita yang digambarkan sebagai ‘tamakkan harta dan status’.
View this post on Instagram
A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)
“Saya tahu awak sangat… awak bukan seperti itu. Tapi sekarang ini mana betina yang porak-perandakan ni? Mana kau ni betina, senyap je. Duit nak, kaya nak, handbag mahal nak, status datin nak, dah dapat semua.
“Tapi kau biarkan nama suami kau kena caci dengan taik yang kau dah buat. Jahatnya,” katanya menerusi video tersebut,
Tambahnya, situasi itu turut menyebabkan ramai yang hanya mampu berdiam diri kerana terlalu menghormati suami kepada individu terbabit.
“Ramai sebenarnya dah jadi mangsa buli dan maki kau. Tapi tak boleh nak bersuara. Bukan tak boleh, bila-bila masa je boleh bersuara. Tapi orang semua terlalu menghormati suami kau. Lambertttt lagi orang takut dengan kau! Tolonggg lah!” katanya lagi.
Menerusi kapsyen ringkas yang ditulis, pelakon filem Munafik itu hanya menyatakan, “Another monologue untuk season 2,” tanpa menjelaskan kepada siapa sebenarnya kata-kata tersebut ditujukan.
Menariknya, perkongsian itu turut mendapat perhatian penyanyi Shila Amzah yang dilihat meninggalkan komen seolah-olah memberikan sokongan moral buat Nabila.
Untuk rekod, ini bukan kali pertama Nabila memuat naik video bermonolog sebegini.
Sebelum ini juga, sebuah video ‘monolog’ yang dimuat naik turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan tanda tanya dalam kalangan pengikutnya.
Topic Berkaitan
#Shila Amzah
#Nabila
#Komen
#Huda
#monolog
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement