,
Laman Utama

#MamiPiqahCorner: Kes Bapa Suap Anak Vape, Betul Ke Anak Kita Suka Hati Kita?

Syafiqah Jalal
07/05/2021
10:57 MYT
NOTA: #MamiPiqahCorner merupakan pandangan peribadi penulis dalam membincangkan mengenai isu kekeluargaan serta permasalahan yang sering dihadapi ibu bapa dalam membesarkan anak-anak seiring dengan peredaran dan kemodenan semasa
Mami Piqah rasa ramai yang tidak berpuas hati dengan kes seorang anak yang baru berusia dua tahun diberi hisap rokok elektronik atau vape yang tular baru-baru ini.
Mana taknya, budak yang mempunyai paru-paru kecil dan sensitif itu dengan bersahaja dan tanpa rasa bersalah diberi hisap vape yang semua sedia maklum membahayakan kesihatan.
Mami Piqah rasa mungkin ibu bapa itu menganggap ia hanya gurauan kecil dan tidak berniat untuk merosakkan anaknya, tapi perbuatan mereka itu benar-benar telah menggores hati ramai ibu bapa di luar sana.
Mereka bukan sahaja dianggap ibu bapa yang tidak berguna malah dikecam teruk oleh netizen serta warga net.
Apa yang mengejutkan lagi, ibu bapanya boleh kata itu anak mereka jadi suka hati mereka lah? Apa mereka fikir anak itu boneka hidup? Mami Piqah memang tak dapat nak hadam cara mereka ini.
Jika mereka kata mereka boleh buat suka hati pada anak mereka, jadi apa pula hak anak itu? Adakah anak itu berhak menerima ibu bapa yang seolah-olah tidak memikirkan kesihatan serta masa depan anaknya?
Tolonglah jangan buat begini, anak-anak itu ibarat kain putih…kita sebagai ibu bap ani yang perlu mencorakkannya sejak dari kecil supaya masa depan mereka terjamin dan terpelihara.
Anak juga ada hak untuk mendapat kehidupan serta ilmu yang berguna dari ibu bapanya, jika tidak siapa lagi yang mereka mahu harapkan.
Mami Piqah harap ibu bapa di luar sana pergi lah mencari ilmu keibubapaan. Janganlah anggap membesarkan serta mendidik anak ini perkara yang mudah. Semua itu perlu ilmu.
Apa-apa pun Mami Piqah lega, apabila kes ini membuka mata semua serta beri pengajaran pada kita semua.
Mami Piqah pun lega bila bapanya juga sudah ditahan reman oelh pihak polis serta anak dan ibunya dibawa ke hospital untuk membuat pemeriksaan.
Mami Piqah harap perkara ini tidak berulang lagi kepada sesiapa, fikirlah sebelum buat sesuatu, fikirlah sebelum anggap ia gurauan.
Akhir sekali, Mami Piqah nak tegaskan anak kita bukan hak kita!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Individu Geram Dengan Sikap Ibu Bapa Pentingkan Diri Sendiri, Pilih Tempat Percutian Tanpa Fikir Keselesaan Anak - “Tak Faham Kenapa Mereka Bebal Macam Tak Ada Otak…”

gempak
19/09/2024
21:55 MYT
Tular di aplikasi X, seorang individu meluahkan rasa berang terhadap sikap segelintir ibu bapa zaman sekarang yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan tentang anak-anak.
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Mawi Tak Halang Ceburi Bidang Seni, Anak Lebih Suka Hosting - “Muka Selamba, Gaya Bersahaja & Petah Bercakap”

gempak
19/09/2024
03:50 MYT
Penyanyi dan penyampai radio ZAYAN, Mawi tidak mempunyai halangan sekiranya anak perempuannya, Cahaya Malaika, ingin menceburi bidang seni.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.