,
Laman Utama

#MamiPiqahCorner: Dakwa Vaksin Ganggu Kesuburan, Doktor Pula Sahkan Covid-19 Beri Kesan Pada Kitaran Haid?

Syafiqah Jalal
26/10/2021
23:55 MYT
Pasangan yang belum mendapat anak dan sedang mencuba untuk hamil pasti bimbang jika ada perkara yang akan mengganggu tahap kesuburan mereka.
Baru-baru ini, seorang doktor pakar sakit puan dan infertiliti, Dr Maiza Tusimin berkongsi tentang salah satu persoalan daripada pesakitnya yang mendakwa vaksin Covid-19 mengganggu kitaran haid.
Pun begitu, Dr. Maiza menjawab gangguan kitaran haid membawa banyak faktor yang boleh mengganggu hormon wanita dan tiada kajian yang kukuh mengatakan dakwaan berkenaan.
“Peningkatan tekanan, perubahan emosi, berat badan, senaman, dan perubahan gaya hidup boleh mempengaruhi kitaran haid.
“British Medical Journal (BMJ), 2021 melaporkan kebanyakan wanita yang mengalami gangguan haid adalah bersifat sementara. Kitaran haid mereka kembali normal pada kitaran berikutnya dan hingga kini tiada bukti kukuh yang mengaitkan vaksin Covid-19 dan kesuburan,” jawabnya.
Dr Maiza berkongsi persoalan dan pendapatnya di akaun Instagram miliknya.
Dalam masa yang sama beliau memberitahu apa yang pasti wanita yang pernah dijangkit wabak tersebut akan mengalami gangguan kitaran haid.
“Data klinikal di Wuhan, China, melaporkan wanita yang pernah dijangkiti Covid-19 dengan gejala yang teruk mengalami kitaran haid yang lebih lama dan panjang.
“Data ini juga mengaitkan jangkitan Covid-19 dengan tahap estrogen yang lebih rendah di kalangan wanita yang mengidap gejala yang teruk,” jelasnya.
Pun begitu, Dr Maiza menasihati pesakitnya itu agar membuat pemeriksaan lanjut di klinik bersama doktor pakar.
Selain itu beliau menegaskan vaksin adalah perlindungan terbaik buat pasangan yang sedang mencuba untuk hamil
“Jadi jika kitaran haid terjejas atau bercelaru atau tidak datang langsung (lebih dari 2 kitaran) puan dinasihatkan untuk lakukan ujian kehamilan / UPT serta berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut
“Vaksinasi adalah "perlindungan terbaik" terhadap Covid-19 terutama bagi pasangan yang sedang cuba mendapatkan anak.
"Lengkapkan vaksinasi Covid-19 sebelum hamil kerana wanita hamil yang tidak divaksinasi berisiko lebih tinggi mengidap jangkitan wabak itu dengan tahap yang kritikal dan boleh mengancam nyawa ibu serta janin yang dikandung,” nasihatnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Zulin Aziz Lebih Gembira Ditegur Hamil Berbanding ‘Gemuk’ - “Nak Cakap Balik Dekat Orang Yang…”

gempak
13/09/2024
00:55 MYT
Pelakon Zulin Aziz memberitahu dia tidak kisah sekiranya ada orang menegur bentuk badannya kelihatan semakin berisi disebabkan mengandung.
Hollywood

Selena Gomez Tidak Boleh Hamil, Rancang Kaedah Ibu Tumpang Dapatkan Zuriat

gempak
11/09/2024
13:45 MYT
Baru diumumkan sebagai bilionair termuda Amerika Syarikat dengan aset bernilai RM5.7 bilion, Selena Gomez nampaknya mengejar sesuatu yang lebih ‘besar’.
Hiburan

“Jangan Sentuh Perut Tanpa Kebenaran” - Tyra Kamaruzzaman Kurang Selesa, Ada Individu Suka Hati Datang Pegang Baby Bump

gempak
04/09/2024
07:25 MYT
Usahawan dan personaliti media sosial, Tyra Kamaruzzaman akui kurang selesa dengan tindakan segelintir orang awam yang sesuka hati memegang perutnya di tempat awam.
Hiburan

“Alhamdulillah” - Teka-Teki Terjawab, Syasya Rizal Akhirnya Dedah Bakal Jadi Ibu

gempak
03/09/2024
13:12 MYT
Teka-teki netizen akhirnya terjawab selepas penyanyi yang juga merupakan bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya mengesahkan dirinya kini hamil.
Hiburan

Dituduh Mandul & Diganggu Semasa Proses IVF, Isteri Pertama Abang Tesla Tampil Keluarkan Bukti - “Aku Bukan Tak Boleh Bagi Waris..”

gempak
02/09/2024
06:55 MYT
Tidak tahan dituduh mandul oleh segelintir pihak, isteri pertama Abang Tesla, Nurmajdina Jamari tampil memuatnaik bahan bukti.