,
Laman Utama

#MamiPiqahCorner: Bimbang Anak Mahu Bela Kucing? Doktor Ini Jelas Sebab Mengapa Ibu Bapa Perlu Biarkan…

Syafiqah Jalal
21/03/2022
13:21 MYT
Menjadi lumrah buat anak-anak kecil kebanyakkannya suka akan binatang peliharaan yang comel dan manja seperti kucing.
Meskipun anak-anak masih kecil namun keinginan mereka untuk menjaga dan memelihara kucing biasanya membuak-buak.
Namun Mami Piqah faham, ibu bapa pasti bimbang jika kucing itu bakal terabai oleh anak-anak kerana keinginan yang bersifat sementara.
Bagaimana pun, menerusi satu laporan dan kajian yang dibuat oleh sebuah portal ada 7 sebab mengapa ibu bapa perlu membiarkan atau memberi peluang kepada anak-anak untuk memeliharan haiwan kesayangan mereka terutama kucing.
1. Kurangkan risiko alahan dan lelah?
Mengikut kajian yang pernah diterbitkan menerusi TIME Magazine, anak-anak kecil yang membesar dalam rumah yang mempunyai haiwan peliharaan sebenarnya kurang berisiko untuk menghidapi alahan dan lelah Ini kerana, saintis mempercayai bahawa haiwan peliharaan seperti kucing akan mendedahkan anak kepada mikrob, lalu mematangkan sistem imun mereka lebih awal berbanding anak-anak normal.
Fakta ini disokong oleh kajian yang turut mendapati kanak-kanak yang tinggal di dalam rumah yang mempunyai haiwan peliharaan adalah yang paling kurang mendapatkan rawatan respiratori di klinik-klinik.
2. Banyak ‘outdoor activity’
Kalau anak bela kucing, tentu mereka akan lebih banyak menghabiskan masa di luar kerana ingin membawa kucing bersiar-siar. Kalau tidak di padang pun, di halaman rumah pun jadilah.
Bukankah ini lebih baik berbanding menonton televisyen atau bermain gajet sepanjang hari?
3. Kemahiran bersosial yang baik
Berdasarkan sebuah ‘survey’, Dr. Jalongo mendapati lebih 40% daripada ibu bapa mendapati anak-anak mereka amat rapat dengan haiwan peliharaan sehingga menjadikan haiwan ini sebagai tempat meluahkan perasaan.
Kemahiran mengenal emosi marah, sedih, atau berkongsi apa sahaja cerita ini dapat menjadikan mereka lebih yakin apabila berhadapan dengan orang ramai.
4. Memupuk sifat penyayang & kreatif
Tidak kiralah lelaki atau perempuan, jika mereka rapat dengan haiwan, anda pasti akan nampak sisi penyayang mereka.
Malah, kehadiran kucing dalam hidup mereka akan menjadikan otak anak lebih kreatif kerana secara tidak langsung mereka turut mempelajari kemahiran mengurus masa, menguruskan ‘teman rapat’ mereka, serta melihat sesuatu dari perspektif yang berbeza.
Kucing juga comel dan banyak gelagatnya. Lama-kelamaan, tentu anda turut akan sayangkan kucing itu walaupun fobia pada awalnya.
5. Membantu anak belajar membaca?
Menurut sebuah laporan ABC News, sebuah program ‘Purr-Fect Companion’ telah memasangkan setiap anak dengan kucing-kucing terbiar di sebuah pusat khas untuk membantu mereka membaca. Percaya tak, kesannya yang sangat memberangsangkan!
Ini kerana, anak-anak yang sedang ‘merangkak’ untuk membaca berasa lebih relaks dan konfiden untuk menyebut patah perkataan secara ‘read out loud’ apabila adanya kucing itu di sisi mereka.
6. Melatih berdisiplin & bertanggungjawab
Bukan senang nak jaga kucing, sebab itulah ibu bapa biasanya malas nak tambah komitmen lagi di rumah. Bayangkanlah, anda perlu bertanggungjawab terhadap corak makanan kucing, kebersihannya, permainannya, imunisasi kucing, jadual makan ubat dan temujanji doktor.
Selain itu, kucing yang dijaga dari kecil perlu dilatih untuk membuang najis di tempat yang disediakan atau di luar rumah. Kucing ini memang pembersih sebenarnya, kalau kita tak rajin bersihkan tempat najisnya, mereka akan buang air di tempat lain yang lebih ‘bersih’.
Sifat tanggungjawab yang baik ini bukan saja memberi kesan terhadap kelakuan seharian anak-anak, tetapi ia juga menjadi benih permulaan kepada ‘parenting skill’ yang baik.
7. Islam suka
Kita sedia maklum bahawa Islam sangat menganjurkan umatnya agar berbuat baik sesama makhluk, termasuklah haiwan.
Seperti dalam sebuah Hadis Rasulullah SAW dari Riwayat Muslim: Tatkala seorang lelaki sedang berjalan pada sebuah jalan terasalah olehnya dahaga yang sangat. Lalu ia mendapati sebuah sumur dan bersegeralah ia meneruninya untuk minum. Ketika keluar, tiba-tiba dia melihat seekot anjing menjulurkan lidah sambil menjilat-jilat debu kerana sangat haus.
Lelaki itu berkata: “Anjing ini sedang kehausan seperti aku tadi.” Lalu turunlah dia kembali ke dalam sumur untuk memenuhi sepatu kulitnya dengan air lalu digigit agar dapat naik kembali. Kemudian ia meminumkan air itu kepada anjing tersebut. Allah berterima kasih kepadanya lalu mengampuninya.
Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah kami akan mendapat pahala kerana binatang-binatang seperti ini?” Rasulullah saw menjawab: “Pada setiap yang bernyawa (makhluk hidup) ada pahalanya.”
Maka, terbuktilah bahawa perbuatan menyantuni haiwan seperti kucing bukanlah satu amalan kosong, tetapi peluang untuk menuai ganjaran akhirat juga! Malah, ramai yang telah mengaitkan perbuatan mengasihi kucing dengan rezeki yang terbuka luas dan melimpah-limpah.
Tahukah anda si comel kesayangan anda juga boleh menikmati manfaat insurans seperti insurans manusia? Menerusi Oyen Pet Insurance, anda bakal mendapat perlindungan yang pantas, tuntutan yang mudah dan nilai perlindungan tinggi. Ketahui lebih lanjut tentang tawaran Oyen Pet Insurance https://www.oyen.my/campaign/astro
Sumber: Siraplimau.com
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Macam Kakak & Adik” - Penampilan Vanida Imran & Anak Perempuan Raih Pujian Netizen

gempak
24/11/2024
03:50 MYT
Sepotong video memaparkan pelakon, Vanida Imran bersama anak perempuan, Maryam Rashika berjaya meraih perhatian netizen.
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Berita

Anak Sebak, Bapa Sanggup Derma Buah Pinggang - “Saya Syukur Dapat Peluang Kedua Untuk Hidup Tanpa Dialisis”

gempak
22/11/2024
05:25 MYT
Selepas empat tahun berjuang sebagai pesakit buah pinggang dan menerima rawatan dialisis, seorang doktor akhirnya melahirkan rasa syukur apabila dia kini tidak perlu lagi berbuat demikian serta boleh menjalani kehidupan seperti biasa.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Unitar