,
Laman Utama

"Mamat Khalid 'Hero', Hantar Mesej Perpaduan Menerusi Karya-Karyanya..." - Menteri Perpaduan

Fiza Kamarudin
24/10/2021
06:35 MYT
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Sadique menganggap pengarah filem tersohor, Mamat Khalid sebagai seorang wira memperjuangkan agenda perpaduan.
Halimah berkata, karya-karya Allahyarham sentiasa menjadi tontonan pelbagai kaum dan peringkat usia, dan telah meninggalkan legasi indah dengan menghantar pelbagai mesej perpaduan kaum di dalam karya-karya besarnya.
Kata beliau lagi, Mamat Khalid adalah insan seni yang hebat apabila turut membantu memberikan sumbangan tidak ternilai kepada negara melalui karya-karyanya.
"Beliau adalah seorang pengkarya, ahli seni yang patut dicontohi semua. Karya seni adalah medium yang dapat dijadikan sebagai platform penyatuan bangsa dan kaum di negara ini.
"Sebagaimana Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang meninggalkan legasi seni sehingga berdekad-dekad lamanya kepada seluruh masyarakat pelbagai kaum di Malaysia, saya melihat Mamat Khalid juga begitu.
"Ada nilai kemasyarakatan, nilai perpaduan kaum, nilai kebersamaan melalui karya-karya Mamat," kata Halimah.
Menurut Halimah, keindahan sebuah karya seorang pengarah filem adalah apabila ia menjadi tontonan masyarakat pelbagai kaum, selain turut menghantar mesej-mesej positif yang diterima sehingga melangkaui zamannya.
" Mamat Khalid bukan sahaja menghasilkan karya seni yang bersifat humor, tetapi juga mengajak seluruh masyarakat supaya saling hormat menghormati, berkasih sayang, tolong menolong dan bertoleransi sesama masyarakat.
"Di situ 'mahalnya' sebuah karya seni apabila ia turut bercerita dengan nilai yang positif, sehingga dikenang dalam sejarah," katanya.
Halimah turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga pengarah filem Zombi Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah itu atas kembalinya Pengarah filem tersebut ke rahmatullah.
"Saya berharap seluruh keluarga Allahyarham diberikan ketabahan atas kehilangan ini. Marilah kita seluruh umat Islam menghadiahkan al-Fatihah kepada Allahyarham.
"Perginya Mamat Khalid juga adalah kehilangan besar kepada negara, dan saya percaya karya-karya beliau akan terus hidup dan segar di mata masyarakat Malaysia," katanya lagi.
Mamat Khalid, 58, meninggal dunia lewat malam tadi, di Hospital Slim River, Perak ekoran serangan jantung.
Mamat yang juga adik kepada kartunis tersohor negara, Datuk Lat meninggalkan seorang balu, Hasmah Hassan dan lima anak.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Orang Yang Menghancurkan Hidup Saya Adalah…” - Awie

gempak
16/07/2024
08:25 MYT
Vokalis kumpulan Wings iaitu Datuk Awie mendedahkan beberapa nama rakan selebriti yang telah mengubah kerjaya seni dan imej rock yang dibawanya.
Hiburan

“Air Mata Jatuh… Ambil Masa 2 Tahun Kumpul Semangat”- Amin Khalid Sayu, Pilih Teruskan Legasi Bapa Buat Projek 19 Puasa

gempak
13/03/2024
12:55 MYT
Amin teruskan legasi bapa.
Laman Utama

Anak Mamat Khalid Realisasikan Menu Mi Kari Kuah Laksa Di Ah Mat Cafe

gempak
15/11/2023
05:55 MYT
Ini cerita di sebalik menu popular dalam filem Kampung Pisang Bersiri ini
Laman Utama

“Tinggal Watak Apa Untuk Kami? Jadi Nenek Atau Hantu Je Ke?” Delimawati Susah Dapat Job Sejak…

gempak
07/11/2023
03:55 MYT
Ini keluhan Delimawati
Laman Utama

Mahu Wujud Galeri Seni Di Kampung Kuchai, MBI Dalam Proses Rundingan Dengan Waris Mamat Khalid - “Setakat Ini Saya Rasa Mereka…”

gempak
17/04/2023
11:55 MYT
Semoga dipermudah...