,
Sukan

Malaysia Tuan Rumah Sukan SEA 2027!

Gempak
28/08/2024
15:50 MYT
Selepas kali terakhir menganjurkan Sukan SEA pada 2017, Malaysia kembali menjadi tuan rumah untuk penganjuran temasya sukan terbesar Asia Tenggara itu bagi edisi 2027.

BERITA TRENDING: Sukan SEA 2027: "Anggaran Kasar RM700 Juta" - Hannah Yeoh

Penganjuran kali ini dianggap lebih istimewa apabila tiga negeri termasuk Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang sedia berganding bahu bersama Kuala Lumpur bagi menjadi tuan rumah Sukan SEA 2027.
Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan Unit Komunikasi Korporat Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hari ini, keputusan itu dibuat selepas mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hari ini mengumumkan keputusan kerajaan menerima tawaran daripada Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) untuk menjadi tuan rumah Sukan SEA 2027 dan dipersetujui Jemaah Menteri.
“Sebelum ini, Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang telah menyatakan kesediaan untuk menggunakan peruntukan masing-masing bagi menjadi penganjur bersama dengan Kuala Lumpur,” kata kenyataan tersebut.
Sebagai rekod, pada edisi 2017 yang berlangsung di Kuala Lumpur, Malaysia selaku tuan rumah menunjukkan aksi cukup baik apabila muncul sebagai juara keseluruhan selepas memenangi 145 pingat emas, 92 perak dan 86 gangsa.
Penganjuran Sukan SEA 2027 nanti akan menyaksikan Malaysia sudah terpilih sebanyak tujuh kali sebagai tuan rumah apabila turut menganjurkan Sukan SEA 1965, 1971, 1977, 1989, 2001 dan 2017.

BERITA TRENDING: “Masya-Allah Ciptaan Tuhan” - Sharul Aimy Buat Ramai ‘Melting’, Pengulas Sukan Pun Cair?

BERITA TRENDING: "Kalau Saya Sakit Bahu, Anak Saya Sakit Kanser" - Pesilat Negara Sebak, Netizen Titip Kata-Kata Semangat!

BERITA TRENDING: Kontinjen Malaysia Gah Pada Majlis Pembukaan Sukan SEA Hanoi, Nur Dhabitah Berbaju Puteri Perak Tarik Perhatian!

Sumber: Kosmo!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.