,
Gaya Hidup

Malaysia Tempat Ke-10 Negara Paling Aman Di Dunia

Awani
16/06/2024
03:50 MYT
Malaysia telah naik sembilan anak tangga dalam Indeks Keamanan Global 2024 (GPI) untuk menduduki tempat ke-10 sebagai antara negara paling aman di dunia.

Malaysia di kedudukan ke-19 dalam laporan GPI 2023

Menurut GPI 2024 yang dikeluarkan oleh Institut Ekonomi dan Keamanan (IEP), keputusan itu adalah di tengah-tengah kemerosotan tahap purata keamanan global yang menyaksikan penurunan sebanyak 0.56 peratus dan ini merupakan tahun kelima berturut-turut ia merosot.
Malaysia berada di kedudukan ke-19 dalam laporan GPI 2023.
Berbanding negara jiran, Singapura diletak sebagai negara kelima paling aman di dunia manakala Indonesia di tempat ke-48 diikuti Laos (49), Kemboja (70) dan Thailand (75).

BERITA TRENDING: Pakai Busana Tradisional Ketika Ditemu Bual, Ramai Yang Cair Lihat Jojo Ghazali Segak Berbaju Melayu

BERITA TRENDING: Penjawat Awam Usia 59 Tahun Duduki SPM, Hanya Belajar Di Rumah - “Saya Ingin Cuba & Cabar Diri”

BERITA TRENDING: Imej AI Dalam Template ‘All Eyes On Rafah’ Ini Dijana Oleh Rakyat Malaysia

ARTIKEL BERKAITAN: Kedudukan UKM Melonjak Ke-138 Dalam QS WUR

Laporan itu turut menyatakan bahawa Malaysia juga disenarai sebagai antara lima negara paling aman dalam domain konflik berterusan dan ketiga terbaik dalam domain ketenteraan.
Selain itu, Asia Pasifik mencatatkan sedikit kemerosotan dari segi keamanan dalam GPI 2024 dengan skor keseluruhan merosot sebanyak 0.1 peratus, bagaimanapun ia kekal sebagai rantau kedua paling aman di dunia sejak 2017.

Malaysia disenaraikan sebagai negara ketiga paling aman di rantau Asia Pasifik manakala New Zealand di tempat pertama diikuti Singapura di tempat kedua.

GPI 2024 juga mendapati dunia semakin tidak aman sejak 16 tahun lepas dengan skor purata negara merosot sebanyak 4.5 peratus selepas indeks itu dimulakan pada 2008.
Menurut indeks itu, Iceland kekal sebagai negara paling aman di dunia diikuti Ireland (di tangga kedua), Austria (ketiga), New Zealand (keempat) dan Singapura.
Yaman pula direkodkan sebagai negara paling tidak aman di dunia bersama-sama Sudan (162), Sudah Selatan (161), Afghanistan (160) dan Ukraine (159).
Daripada 163 negara dalam GPI, 95 mencatatkan kemerosotan, 66 menyaksikan peningkatan manakala dua merekodkan tiada perubahan.
Tujuh belas daripada 23 petunjuk GPI merosot antara tahun 2008 dan 2023 manakala tujuh bertambah baik.
GPI ialah pengukur utama keamanan global serta membentangkan analisis yang dipacu oleh data paling komprehensif setakat ini dalam trend keamanan, nilai ekonominya dan cara membangunkan masyarakat yang harmoni.
Ini adalah edisi ke-18 GPI, yang menyenaraikan 163 negara merdeka mengikut tahap keamanan masing-masing merangkumi 99.7 peratus populasi dunia.
Sumber: AWANI menerusi BERNAMA
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Terkini

Sami Malaysia Curi Barangan Berharga Di Kuil, Ditahan Di Tnhailand

gempak
23/11/2024
03:55 MYT
Seorang sami rakyat Malaysia ditahan di Chiang Rai, sebuah wilayah di utara Thailand, pada Khamis kerana disyaki mencuri barangan berharga daripada sebuah kuil Buddha, Wat Chet Yot di Wilayah Chiang Mai, menurut polis Thailand.
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Berita

Peniaga Didakwa Pandu Kereta Laju, Sebabkan Kematian Kanak-Kanak Perempuan

gempak
19/11/2024
09:55 MYT
Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan memandu kereta dengan laju sehingga menyebabkan kematian kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun, empat hari lepas.
Viral

Fesyen Nenek 80 Tahun Curi Perhatian, Digelar Legendary Glamma

gempak
17/11/2024
15:24 MYT
Bermula dengan kreativiti cucu menggayakan dirinya dengan pelbagai fesyen, merakam gambar lalu berkongsi di media sosial, seorang nenek kini menjadi terkenal.
Unitar