,
Laman Utama

"Malaysia Nak Buat Konsert Pun Banyak Halangan"- Syed Saddiq Anggap Singapura Bijak Bagi Coldplay Buat Persembahan 6 Hari!

Syafiqah Jalal
22/06/2023
00:07 MYT
Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyifatkan Malaysia terlepas peluang ekonomi yang boleh dihasilkan daripada penganjuran konsert kumpulan Coldplay.
Syed Saddiq berkata, Singapura meraih keuntungan besar apabila kumpulan itu memutuskan untuk membuat persembahan selama enam hari di negara berkenaan.
“Coldplay buat 'tour' enam hari di Singapura. Semalam lima hari, hari ini mereka tambah lagi satu tarikh. Malaysia pula nak buat satu konsert pun banyak halangan. Tetapi apa kena mengena konsert Coldplay di Singapura dengan Malaysia.
“Kita sebenarnya terlepas loteri ekonomi,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Selasa.
Syed Saddiq mendakwa, Singapura bakal mengutip hasil jualan tiket sebanyak RM180 juta bagi konsert selama enam hari itu. Ini kerana beliau berkata, Stadium Nasional Singapura boleh memuatkan 50,000 penonton dalam satu masa dan harga purata satu tiket sekitar RM600 dengan kutipan yang bakal dijana berjumlah RM30 juta sehari.
Bekas Menteri Belia dan Sukan itu menjelaskan, Singapura juga bakal mendapat limpahan ekonomi ekoran peminat daripada luar negara akan mengembara dan berbelanja di negara itu sepanjang konsert Coldplay berlangsung.
“Datang jauh-jauh naik penerbangan, takkan pergi konsert untuk dua hingga tiga jam sahaja. Mesti ada makan-makan, jalan-jalan.
“Anggarkan seorang belanja RM500 untuk satu hari. (Seramai) 1,000 pelancong sama dengan RM500,000 dan enam hari sama dengan RM3 juta. Ini adalah jumlah yang sangat besar yang boleh dihasilkan.
“Maksud saya adalah, ketika kita bertengkar mengenai penganjuran konsert di Malaysia, negara luar merebut peluang keemasan untuk menjana lebihan ekonomi,” jelasnya,
Ahli Parlimen Muar itu berkata, Malaysia pernah menganjurkan sehingga 50 konsert setahun namun kini semakin banyak rintangan dan keluhan.
Justeru beliau menegaskan, Malaysia tidak boleh berterusan terlepas peluang ekonomi yang boleh dijana hasil daripada penganjuran konsert.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Shakira Hentikan Persembahan Lepas Peminat Rakam Video Dari Bawah Dress

gempak
17/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi Shakira menghentikan persembahan selepas berang dengan tindakan penonton yang merakam dirinya daripada bahagian bawah dress pendek berwarna coklat yang dipakainya.
Hiburan

Andy Lau Jatuh Dalam Lubang Sewaktu Buat Persembahan

gempak
11/09/2024
08:50 MYT
Penghibur terkenal Hong Kong, Andy Lau menimbulkan kebimbangan dalam kalangan peminat selepas melihat penyanyi tersebut jatuh di atas pentas.
Hiburan

Penyanyi Tiba-Tiba Beremosi Lempar Mikrofon & Tinggalkan Pentas! Ini Cerita Sebenarnya...

gempak
10/09/2024
05:55 MYT
Penyanyi Gilga Sahid menjadi perhatian apabila aksinya melempar mikrofon ketika membuat persembahan di atas pentas di sebuah pusat beli belah di Cirebon, Jawa Barat, Indonesia, baru-baru ini.
Hollywood

Rapper Fatman Scoop Meninggal Dunia, Pengsan Waktu Persembahan

gempak
01/09/2024
05:11 MYT
Rapper terkenal dari Amerika Syarikat, Fatman Scoop dilaporkan meninggal dunia sewaktu membuat konsert percuma di Connecticut hujung minggu ini.
Hollywood

Kecoh ‘Putus’, Asmara Vokalis Coldplay Chris Martin - Dakota Johnson Masih Membara

gempak
21/08/2024
11:50 MYT
Kecoh minggu lalu apabila hubungan cinta antara vokalis Coldplay, Chris Martin dan aktres Dakota Johnson dilaporkan berakhir.