,
Filem

Malaysia Mendunia! Kuala Lumpur Jadi Lokasi Penggambaran Filem Marvel Thunderbolts

Muhammad Firdaus
28/06/2024
08:07 MYT
Negara Malaysia dikatakan terpilih menjadi lokasi filem adiwira terbaharu Marvel, Thunderbolts.

Penggambaran Sekitar KL!

Filem yang bakal ditayangkan pada bulan Mei tahun hadapan itu didakwa telah menjalani penggambaran di pelbagai lokasi di Kuala Lumpur.

BERITA TRENDING: Didakwa Guna Gambar Double Meaning Untuk Promote Produk, Imej Berpurdah Neelofa Dipersoal Netizen?

Antara lokasi yang terlibat termasuklah Medan Pasar dan bangunan kedua tertinggi dunia, Menara Warisan Merdeka (KL118).
Walaupun filem berkenaan diterbitkan di bawah Marvel Studios dan Walt Disney, penggambaran Thunderbolts di Malaysia dibantu oleh rumah produksi lokal, Biscuit Films yang terkenal dengan penglibatan mereka menerusi filem seperti Crazy Rich Asians, Blackhat dan siri televisyen, Marco Polo.
Memetik Scoop, Pengerusi FINAS, Datuk Kamil Othman berkata, filem itu bukan sebahagian daripada Film In Malaysia Incentive Scheme (FIMI) kerana ia tidak menjalani penggambaran lebih 14 hari di negara ini.
Bagaimanapun, Kamil memanjatkan rasa syukur kerana Malaysia masih terpilih sebagai lokasi penggambaran dalam kalangan penggiat filem antarabangsa.

"Oleh kerana penggambaran dilakukan di sini, ia adalah bukti bahawa Malaysia ada lokasi-lokasi yang dicari oleh syarikat antarabangsa.

"Tinjauan juga mendapati bahawa setiap penggambaran yang dilakukan di Malaysia, mereka akan menjana 2.36 kali ganda sumbangan ekonomi dengan membelanjakan untuk kemudahan tempatan dan mewujudkan pekerjaan walaupun pada peringkat yang tidak terlalu teknikal untuk industri," katanya.

BERITA TRENDING: Ibu Tunggal Kecewa, Anak Jadi Perempuan Simpanan Sebab Nak Naik Pangkat - “Sanggup Libatkan Diri Dengan Boss Yang Dah Kahwin”

Sekadar info, Thunderbolts diarahkan oleh Jake Schreier. Thunderbolts berbeza dari filem superhero Marvel lain kerana ia mengetengahkan sekumpulan anti-hero yang menjalankan misi untuk kerajaan.

​BERITA TRENDING: Demam Sheriff Melanda Di Rumah Anda! Raih Kutipan Lebih RM1 Juta Di Platform Astro First

Thunderbolts menampilkan barisan pelakon terkenal Hollywood seperti Florence Pugh, Harrison Ford, Rachel Weisz, David Harbour dan Sebastian Stan sebagai teraju utama.

​BERITA TRENDING: Penonton Emosi & Geram, Pukul Pelakon Lelaki Ipar Adalah Maut

Filem berkenaan akan menjadi entri ke-36 dalam Marvel Cinematic Universe. Studio itu meraih sebanyak ASD3 billion (sekitar RM14.16 billion) dalam global box office menerusi filem-filem sebelum ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Viral

YouTuber Popular Dunia IShowSpeed Cuba Makan Super Ring & Burger Ramly, Sampai Sanggup Bayar Lebih! - "Oh Tuhanku, Makanan Ini Sangat Enak"

gempak
17/09/2024
21:55 MYT
Personaliti sensasi dan penstrim dalam talian dari Amerika Syarikat, IShowSpeed tidak terlepas untuk melakukan itu semua.
Hollywood

Shakira Hentikan Persembahan Lepas Peminat Rakam Video Dari Bawah Dress

gempak
17/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi Shakira menghentikan persembahan selepas berang dengan tindakan penonton yang merakam dirinya daripada bahagian bawah dress pendek berwarna coklat yang dipakainya.