,
Laman Utama

Malaysia Dahului Senarai 10 Tempat Selamat Untuk Bersara Di Asia

Izwan Isa
16/07/2023
08:50 MYT
Malaysia dianggap sebagai tempat persaraan terbaik di Asia setelah disenaraikan di tempat pertama dalam 10 tempat paling selamat untuk bersara di rantau itu dengan perbelanjaan kurang daripada AS$2,000 (RM9,000) sebulan, menurut syarikat perkhidmatan kewangan yang berpangkalan di AS, Nasdaq.
Menurut Nasdaq, dalam artikel di bahagian GoBankingRates baru-baru ini, untuk menyenaraikan negara-negara tersebut, ia telah memperoleh data daripada Kumpulan Rantau Asia Pasifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) WorldPopulationReview.
Ia juga memperoleh angka kos sara hidup daripada Numbeo, dan Indeks Keamanan Global daripada Laporan Indeks Keamanan Global Institut Ekonomi dan Keamanan 2022. Nasdaq juga telah menetapkan bahawa negara-negara itu perlu mempunyai indeks keamanan global di bawah 2.0 untuk melayakkannya disenaraikan.
Mendahului senarai ialah Malaysia dengan indeks keamanan global 1.471 dan purata kos sara hidup bulanan AS$1,066 (RM4,825).
"Malaysia di tempat pertama dengan indeks kos sara hidup 22.9, dan KDNK AS$481.9 trilion. Dengan purata perbelanjaan bulanan lebih AS$1,000 (RM4,526), ia adalah tempat yang sangat baik untuk dipertimbangkan oleh pesara," menurutnya.
Kuwait di tempat kedua dengan indeks keamanan global 1.739 dan purata kos sara hidup bulanan sebanyak AS$1,741 (RM7,881).
Menurut Nasdaq, indeks kos sara hidup Kuwait tidak serendah beberapa negara lain dalam senarai itu, iaitu 37.4, tetapi kos sara hidup keseluruhan digabungkan dengan skor indeks keamanan global menjadikannya tempat yang baik untuk bersara.
Menyusul ditempat ketiga ialah Mongolia dengan indeks keamanan global 1.775 dan purata kos sara hidup bulanan AS$940 (RM4,255), dan menurut Nasdaq, indeks kos sara hidup Mongolia terikat pada yang terendah dalam senarai dengan Indonesia, iaitu 20.2, namun KDNKnya adalah terendah dalam senarai itu, pada AS$21 trilion (RM95 trilion).
Vietnam di kedudukan keempat dengan indeks keamanan global pada 1.786 dan purata kos sara hidup bulanan sebanyak AS$1,117 (RM5,056), diikuti Indonesia dengan indeks keamanan global sebanyak 1.800 dan purata kos sara hidup bulanan sebanyak AS$940 (RM4,255) serta Jordan dengan indeks keamanan global sebanyak 1.849 dan purata kos sara hidup bulanan sebanyak AS$1,331 (RM6,025.
Kemboja disenaraikan di tempat ketujuh dengan indeks keamanan global 1.882 dan purata kos sara hidup bulanan AS$1,387 (RM6,278), diikuti Oman dengan indeks keamanan global 1.889 dan purata kos sara hidup bulanan AS$1,513 (RM6,848).
Disenaraikan di tempat kesembilan ialah Cyprus dengan indeks keamanan global 1.903 dan purata kos sara hidup bulanan sebanyak AS$1,964, dan terakhir dalam senarai itu ialah Nepal dengan indeks keamanan global 1.947 dan purata kos sara hidup bulanan sebanyak AS$684 (RM3,096). - Bernama menerusi Sinar Harian
BACA: Harga Setara Dengan Seunit Rumah, Ini Fakta Menarik Mengenai Pelancaran Kereta Tesla Di Malaysia​
BACA: Pecah Rekod French Fries Tertinggi Di Malaysia, McDonald's Malaysia Diiktiraf Malaysia Book of Records!​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Viral

YouTuber Popular Dunia IShowSpeed Cuba Makan Super Ring & Burger Ramly, Sampai Sanggup Bayar Lebih! - "Oh Tuhanku, Makanan Ini Sangat Enak"

gempak
17/09/2024
21:55 MYT
Personaliti sensasi dan penstrim dalam talian dari Amerika Syarikat, IShowSpeed tidak terlepas untuk melakukan itu semua.
Viral

“Abang, Selamat Pulang Ke Kampung Halaman” - Netizen Teruja Lihat Lee Minho Kembali Ke Malaysia

gempak
13/09/2024
15:55 MYT
Kehadiran pelakon Korea terkenal, Lee Minho yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang pada jam 5 petang tadi ternyata disambut meriah oleh peminatnya.
Hiburan

Sandra Lim Mahu Harumkan Malaysia Di Pentas Miss Universe - "Perjalanan Ini Bukan Mudah"

gempak
12/09/2024
12:55 MYT
Selepas kemenangan yang diraih menerusi acara Miss Universe Malaysia baru-baru ini, pelakon dan model, Sandra Lim berhasrat mahu berusaha keras bagi mengharumkan nama negara ke persada dunia.
Hiburan

Pernah Berdepan 3 Pertuduhan Akibat Hantaran Di Laman Sosial, Pelawak Rizal Van Geyzel Kini Lebih Teliti Upload Video Jenaka

gempak
12/09/2024
11:55 MYT
Pelawak Rizal Van Geyzel mengambil iktibar selepas berdepan pertuduhan berkaitan hantaran video yang menyentuh sensitiviti kaum di Malaysia pada Julai 2022.