,
Laman Utama

Malam Yang Penuh Emosi, Ini 10 Perkara Kami Suka Tentang Konsert Kunto Aji

Mya Amri
20/08/2022
05:50 MYT
Konsert Kunto Aji atau nama sebenarnya Kunto Aji Wibisono iaitu seorang penulis dan penyanyi kreatif penuh cita rasa dari Surabaya, Indonesia sememangnya dinanti-nantikan peminat.
Fabulous Friday Presents Kunto Aji yang diadakan di Dewan Filharmonik Petronas berlangsung dengan cemerlang diiringi oleh sebuah band yang diterbangkan khas dari Indonesia.
Maka tidak hairanlah penyanyi yang telah memenangi the Breakthrough Artist of the Year Award di Indonesian Choice Award 2015 dan Anugerah Album Terbaik & Artis Solo Lelaki/Wanita Alternatif Terbaik di Anugerah Muzik Indonesia 2019 ini mempunyai kelompok peminatnya yang tersendiri.
Di sini Gempak kongsikan momen terindah yang masih lagi dirasai oleh peminat Kunto Aji sepanjang konsert itu berlansung.
1. Keterujaan bermula saat visual montaj dipamerkan di mana semua peminat bersorak menanti kemunculan Kunto Aji di atas pentas.
2. Kunto Aji membuka tirai dengan lagu Sulung dari album Mantra Mantra dan dia juga hampir mengalirkan air mata saat menyanyikan lagu itu kerana terharu dengan sorakan peminat yang all out sing-a-long bersama.
3. Momen paling epik saat dihujung persembahan lagu Ekspetasi apabila Kunto Aji membuat kejutan dengan mengajak pemain gitar untuk menghabiskan lagu tersebut dalam keadaan baring.
4. Vokal Padu Kunto Aji tidak boleh disangkal lagi memang sama macam dengar dalam Spotify. Rasa nak menangis sebab merdu sangat.
5. Tak lupa juga band iringan yang bertenaga dari pemain gitar utamanya, keyboard, synthesizer, Bass, Drum sehinggalah sound engineer yang sangat power menyebabkan peminat yang menonton rasa sangat berpuas hati.
6. Persembahan lighting dan visual sepanjang konsert berlansung memberikan impak besar kepada penonton untuk lebih menikmati dan menghayati bait-bait lirik yang dinyanyikan oleh Kunto Aji.
7. Konsert yang berlansung selama satu jam setengah itu menyaksikan lebih kurang 18 lagu dimainkan.
8. Antara seleksi lagu yang dipersembahkan adalah Gema, Jakarta Jakarta, Konon Katanya, Akhir Bulan, Rancang Rencana, Mercusuar, Amatiran, Ekspetasi, Saudade, Pengingat, Terlalu Lama Sendiri, Selaras, Pilu Membiru, Rehat, Bongsu dan single yang baharu sahaja dikeluarkan Julai lalu iaitu Salam Pada Rindu.
9. Kunto Aji juga sempat berkongsi kepada peminat yang dia kini dalam proses penulisan untuk menyiapkan album ketiganya.
10. Kunto Aji sebelum menutup tirai dengan lagu Bongsu sempat meluahkan rasa syukur dan gembira kerana ini merupakan kali pertama membuat persembahan di Malaysia.
Terharu melihat sokongan peminat, Kunto Aji juga menyatakan hasrat untuk kembali lagi ke Malaysia.
“Doa jumpa lagi dalam masa terdekat ya” katanya kepada peminat.
Secara keseluruhannya, konsert ini berjaya menambat hati peminat. Ternyata lagu-lagu yang ditulis dan nyanyikan oleh Kunto Aji menjadi mantera kepada semua pencinta muzik.
Apa pun yang pasti, Fabulous Friday Presents Kunto Aji meninggalkan seribu kesan manis buat peminatnya. Text oleh: Azri Harun
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Peraduan

GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur

gempak
18/09/2024
09:40 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur Secara Percuma? Memang best!
Hiburan

7 Tahun Bela Rambut, Mawi Reda Botakkan Kepala Live Demi Konsert Tsumawi! - "Masa Tengok Anak Sedih, Saya Pun ..."

gempak
17/09/2024
09:30 MYT
Penyanyi, Mawi sanggup membotakkan kepalanya secara langsung ketika majlis sidang media Konsert Tsumawi 20th Mawi World Live in KL di Hotel Tenera, Bangi pada Selasa.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.
Hiburan

“Tak Mahu Lakukan, Malas Nak Rasa Kecewa Lagi Tapi…” – Aina Abdul Akui Hampir Mengalah! Demi Peminat, Tetap Bangkit Anjurkan Konsert Imaji Tour

gempak
14/09/2024
13:55 MYT
Bagaimanapun kata Aina, semangat yang diberikan oleh orang sekeliling membuatkan dirinya bangkit untuk memastikan impiannya menganjurkan konsert berkenaan terlaksana.
Hiburan

Alan Walker Tunaikan Janji, Gegarkan KL Base 8 Nov Ini

gempak
14/09/2024
04:55 MYT
Menurut Alan, keputusan untuk membatalkan konsertnya sebelum ini adalah disebabkan faktor keselamatan dan juga isu penyalahurusan.