,
Laman Utama

"Makin Pelik Dia Ni" - Imej Eksentrik Jadi Buah Mulut Netizen, Sarah Hildebrand Bidas Balik!

Amri Hassan
14/06/2021
04:50 MYT
"Makin pelik dia ni," itu antara komen yang ditulis menerusi hantaran foto pelakon Sarah Hildebrand yang berambut merah dan mengenakan solekan pucat di Instagramnya baru-baru ini.
Gambarnya tampil dengan imej eksentrik itu mendapat kritikan pengguna yang terganggu dengan visual yang dikemaskini Sarah.
Bagaimanapun, Sarah tampil semula membidas komen negatif yang dilemparkan terhadapnya dengan menegaskan foto berkenaan telah dirakamkan sejak sekian lama dan baru dimuatnaik di akaun media sosialnya.
"Tak payahlah nak emoni nangis-nangis sangat. Getting worse bagai. Gambar-gambar ini telah dirakamkan sudah lama yang mana itu bukan hal kamu pun.
"Urusan kamu adalah cuba untuk menjadi lebih baik dan tidak menghakimi orang lain. Berhenti membuat kesimpulan tentang orang lain yang kamu tak kenal pun.
"Bagi saya, yang nampak makin teruk itu kamu. Semoga kamu punyai masa untuk membuat refleksi diri," jawabnya.
Tambahnya, tidak adil untuk individu luar untuk menilai dirinya sedangkan masing-masing punyai latar belakang dan kehidupan yang berbeza.
"Apa yang kamu nampak pelik mungkin tak sama dengan orang lain. Ia subjektif. Sepertimana kamu fikirkan komen kamu itu sangat penting walhal ia mungkin subjektif bagi orang lain.
"Tutup litup, tapi hati masih hitam. Dalam kegelapan masih mencari-cari sesuatu untuk isi," kata Sarah lagi.
Dalam pada itu, Sarah turut mengemaskini hantaran berbentuk kata-kata kepada pihak yang kerap mencari kesalahan orang lain.
"Rasa kasihan sangat kepada orang yang suka menghukum, mencaci, menghina orang lain sedangkan orang yang dihina itu tak kacau pun hidup mereka.
"Kasihan, ramai yang tidak dapat kasih sayang yang cukup. Ramai yang tak dapat perhatian yang diinginkan. Ramai yang tak dapat capai yang diimpikan.
"Semua tak pernah cukup buat mereka. Sehingga melepaskan geram pada orang lain, tanpa menyedari diri mereka bergelumang dalam gejala negatif yang datang dari suka duka kehidupan mereka sendiri," tulisnya.
Dalam kemaskini foto di Instagramnya, Sarah menyifatkan sesi fotografi tersebut mengambil inspirasi dari karakter Willy Wonka & Mat Hatter (lakonan Johnny Depp), Eternal Sunshine of the Spotless Mind (Kate Winslet) dan The Fifth Element (Milla Jovovich).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Selepas Ditahan Di Wad Zon Merah, Lan Pet Pet Syukur Kembali Sihat - “Saya Tak Henti Berzikir, Dapat Keluar Malam Tu Juga"

gempak
20/09/2024
05:55 MYT
Pelawak dan pelakon, Lan Pet Pet berkongsi kisah dia terpaksa dikejarkan ke hospital apabila tiba-tiba jatuh sakit pada malam 31 Ogos lalu.
Hiburan

Che Ta ‘Naik Hantu’ Anak Dihina Berpakaian Seperti Pelacur - “Surat Saman Bakal Menyusul, Saya Tuntut Video Permohonan Maaf!”

gempak
20/09/2024
04:58 MYT
Pelakon, Rozita Che Wan membuat laporan polis selepas ada individu bertindak meninggalkan komen jelik terhadap anaknya, Aaisyah Dhia Rana termasuk menyamakan kanak-kanak itu berpakaian seperti seorang pelacur.
Hiburan

Dituduh Buat Laporan Polis Terhadap ‘Abang Bas’, Diana Danielle Minta Netizen Kemukakan Bukti! - “Nak Maki Pun, Carilah Fakta Yang Betul…”

gempak
20/09/2024
00:55 MYT
Pelakon Diana Danielle menegaskan dia tidak pernah membuat laporan polis terhadap pemandu bas atau ‘Abang Bas’ seperti yang didakwa segelintir netizen di laman sosial.
Viral

Individu Geram Dengan Sikap Ibu Bapa Pentingkan Diri Sendiri, Pilih Tempat Percutian Tanpa Fikir Keselesaan Anak - “Tak Faham Kenapa Mereka Bebal Macam Tak Ada Otak…”

gempak
19/09/2024
21:55 MYT
Tular di aplikasi X, seorang individu meluahkan rasa berang terhadap sikap segelintir ibu bapa zaman sekarang yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan tentang anak-anak.
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.