,
Laman Utama

Make Up Kahwin Intan Najuwa Dikritik Terlalu Heavy, Alha Alfa Beri Penjelasan

Mya Amri
20/08/2023
01:53 MYT
Jurusolek terkenal, Datuk Alha Alfa memohon maaf sekiranya ada yang menganggap solekan pelakon, Intan Najuwa sewaktu majlis akad nikah terlalu berat dan sarat.
Alha atau nama sebenarnya Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil, 35, tampil memberikan penjelasan berhubung dakwaan netizen mengenai cara solekannya itu.
Menurut Alha, perkara tersebut berlaku disebabkan Intan melakukan penyambungan bulu mata (eyelash extension) yang menyebabkan solekan itu kelihatan seolah-olah tidak bersesuaian dengannya.
“Maaf sekiranya anda rasa solekan Intan Najuwa itu heavy, kelemahan saya apabila pengantin pakai eyelash extention siap sedia.
“Saya tidak salahkan pengantin, cuma orang luar akan salahkan saya ‘kenapa bulu mata tebal? Dia make up simple lagi cantik,’” maklumnya menerusi ruangan Insta Story di akaun Instagram miliknya.
Menerusi hantaran yang sama, Alha juga menegaskan hanya menggunakan solekan asas (foundation) untuk mendapatkan gaya natural.
“Make up guna satu pam foundation sahaja, dap dap pakai span sampai hilang foundation sebab nak bagi natural.
“Tapi disebabkan tak dapat ambil gambar dari pengcahayaan natural (matahari) sebab hujan, jadi bila guna lighting akan nampak tebalnya, tapi tak mengapa, Intan gembira saya pun gembira,” jelasnya.
Dalam pada itu, Intan juga memberikan kata-kata semangat buat Alha dan menyatakan dia amat menyukai solekan tersebut.
“Jangan dengar orang cakap sebab Intan suka gila, make up lawa sangat sangat, terima kasih abang ku,” tulis Intan menerusi Direct Massage (DM) kepada Alha.
BACA: Intan Najuwa Kahwin Tapi Ibu Yang Jadi Perhatian Netizen - “Cantiknya Mak Dia, Ingatkan Kakak”
Terdahulu, Intan, 26, sah bergelar isteri kepada usahawan Datuk Ahmad Azraf Asman, 39, dengan sekali lafaz pada pukul 6.45 petang Jumaat di Desaru Coast, Johor.
BACA: Selamat Bernikah Dengan Datuk Ahmad Asraf, Intan Najuwa Terima Wang Hantaran RM222K
Dalam majlis itu, Intan menerima mas kahwin berjumlah RM20,000 serta wang hantaran bernilai RM222,000.
Angka dua diambil sempena simbolik kepada tempoh perkenalan pasangan dua sejoli itu yang masuk tahun kedua.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Muka Disamakan Dengan Girlfriend Popeye Sebab Rambut Pendek, Intan Najuwa Sekolahkan Netizen - "Saya Tak Guna Duit Awak..."

gempak
12/09/2024
08:25 MYT
Pelakon Datin Intan Najuwa memberitahu dia tidak mengendahkan komen netizen yang menyifatkannya serupa dengan teman wanita watak animasi terkenal, Popeye, ketika berambut pendek.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: 10 Peserta Ke Pentas Akhir, Langkah 2 Peserta Terhenti… Jom Semak Markah Penuh Minggu Separuh Akhir

gempak
08/09/2024
20:55 MYT
Peserta Farhan Mustapha unggul apabila berada di kedudukan teratas pada minggu Separuh Akhir Gimme The Mic Malaysia yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras pada Ahad.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: 12 Peserta Melangkah Ke Separuh Akhir, Dua Tugasan Menanti… Jom Semak Markah Penuh Minggu Keenam Semua Peserta

gempak
01/09/2024
20:55 MYT
Peserta Shazreen Shaharum unggul apabila berada di kedudukan teratas pada minggu keenam Gimme The Mic Malaysia yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras pada Ahad.
Hiburan

Netizen Dakwa Jantina Anak Boleh Berubah, Intan Najuwa Dah Buat Ujian Darah & NIPT - “Let’s Not Kill The Joy, Okay?”

gempak
21/08/2024
08:25 MYT
Selepas berkongsi video momen ‘gender reveal’, pelakon Intan Najuwa menerima komen netizen yang meluahkan pendapatnya mengatakan jantina bayi boleh berubah walaupun sudah boleh dijangkakan dari awal.
Hiburan

“This Is The Best Gift Ever” - Intan Najuwa Dedah Jantina Anak, Bakal Timang Cahaya Mata Perempuan

gempak
20/08/2024
07:55 MYT
Pelakon, Datin Intan Najuwa akhirnya berkongsi berkaitan jantina cahaya matanya.