HIBURAN
“Makan Tempat Mewah, Main Golf…” Atikah Suhaime Kongsi Tips Jumpa Suami Kaya
“Cuba makan tempat mahal, mana tahu jumpa jodoh”, itu nasihat pelakon Datin Atikah Suhaime kepada pengikutnya di media sosial yang bercita-cita mahu bertemu suami berstatus jutawan.
Menurut Atikah, 34, dia bertemu jodoh dengan suaminya iaitu Datuk Lokman Teh ketika menikmati makan malam di sebuah restoran mewah.

“Dulu saya berjimat, setahun sekali baru dapat makan mewah di restoran macam ini (Kaze Omakase).
“Tapi dekat tempat macam inilah saya jumpa suami. Cubalah, mana tahu satu hari nanti dapat juga,” tulisnya menerusi ruangan balas komen.
Tidak terhenti di situ, Atikah turut mencadangkan padang golf sebagai antara lokasi ‘berpotensi’ untuk mencari jodoh khususnya untuk mencari individu yang stabil dari segi kewangan.
“Lagi satu tempat main golf. Mahal tapi sekali-sekala pergilah saja-saja,” kongsinya.

Sebelum ini, pelakon filem TanTiana itu memuat naik video dirinya menikmati makan malam romantik bersama suami di sebuah restoran Jepun.
Difahamkan, harga untuk seorang bagi menu omakase mencecah RM800.
Untuk rekod, Atikah sah bergelar isteri kepada Datuk Lokman Teh pada 21 Januari lalu. Suaminya juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif jenama produk kecantikan terkenal, Zaitun.
Must-Watch Video