gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Buntu Nak Masak Apa Untuk Suami, Intan Najuwa Tanya Pendapat Netizen - “Suruh ChatGPT Je…”
RANCANGAN
Gempak Movie Night Out: Tiket Tayangan Perdana Filem Megan 2.0
PERADUAN
GMW Giveaway: Konsert Big Stage Alpha Minggu Akhir
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
LAMAN UTAMA

"Mak Oi... Boleh Buat Beli Tanah, Kahwin 2 Kali" - Netizen Dedah Yuran Sekolah Anak Nora Danish

gempak
Amri Hassan
04/10/2021
23:45 MYT
Sponsor Banner
"Mak Oi... Boleh Buat Beli Tanah, Kahwin 2 Kali" - Netizen Dedah Yuran Sekolah Anak Nora Danish
Ramai yang sayu melihat pelakon jelita Nora Danish mengalirkan air mata apabila terpaksa berpisah dengan anaknya, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram yang akan menyambung pengajian di Kolej Tuanku Ja'afar, Mantin, Negeri Sembilan semalam.
Berkongsi momen tersebut di Instagram, luah Nora dia gagal menahan sebak hingga sanggup sekiranya boleh untuk berada di samping anaknya itu di sekolah berkenaan.
"Sedihlah, baru sekolah tak jauh dari rumah. Macam manalah nanti kalau anak-anak jauh pergi London semua. I just cannot," kata Nora.
Kisah Nora dan Rayqal itu mendapat perhatian ramai, hingga ada antara pengguna di Facebook yang berkongsi harga yuran persekolahan di sekolah persendirian berkelas tinggi itu.
Kongsi pemilik akaun Mufarwa Farid, mengikut semakannya, harga yuran tahunan sekolah terbabit bersamaan nilainya dengan sebidang tanah.
"Isteri tanya, memang biasa ke budak darjah enam masuk sekolah berasrama penuh? Sebab anak Nora baru darjah enam.
"La, memang ada rupanya Kolej Tuanku Ja'afar, letaknya di Mantin. Ia sekolah persendirian berkelas tinggi.
"Aku saja tengok yuran dia, mana tahu rezeki anak-anak masuk sekolah tu. Sekali mak oi... yuran tahunan sekolah menengah dia boleh buat beli tanah.
"Yang sekolah rendah, boleh kahwin dua kali!" kongsinya sambil berseloroh.
Difahamkan yuran kemasukan sekolah rendah sekitar RM3,000 manakala untuk sekolah menengah RM5,000.
Bagi pelajar darjah 1 dan 2, yuran tahunan bernilai RM30,360 setahun, tahun 3 & 4 (RM34,320/setahun) dan tahun 5 & 6 (RM39,690/setahun).
Manakala, yuran after school care iaitu dari pukul 3.45petang hingga 5 petang berharga RM12,000 setahun.
Bagi sekolah menengah pula, pelajar yang tinggal di asrama akan dikenakan yuran RM87,000 setahun berbanding RM59,700 bagi yang tinggal di luar asrama.
Yuran tahunan termahal adalah kepada pelajar tingkatan enam iaitu RM89,400 setahun.
Topic Berkaitan
#pelakon
#Viral
#Nora Danish
#Netizen
#Rayqal
#Negeri Sembilan
#Yuran
#Kolej Tuanku Ja'afar
#Mantin
Must-Watch Video