gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Perjumpaan G*y Di Kelantan: Tiga Didenda RM11,000 Miliki Gambar, Video Lucah Sejenis
VIRAL
Wanita Nafi Terlibat Penipuan Pelaburan Emas, Dakwa Difitnah
VIRAL
3 M*ut Berebut Makanan Percuma Di Majlis Kahwin Anak, Ahli Politik Beri RM39,000
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

‘Mak Cik Bawang’ Sibuk Tegur Warna Kulit Intan Najuwa, Ini Respons Tuan Badan - “Saya Memang Bukan Wanita…”

Asyikin Mayudin
Asyikin Mayudin
20/07/2025
09:55 MYT
Sponsor Banner
‘Mak Cik Bawang’ Sibuk Tegur Warna Kulit Intan Najuwa, Ini Respons Tuan Badan - “Saya Memang Bukan Wanita…”
Tular video memperlihatkan pelakon Datin Intan Najuwa menghadiri sebuah majlis baru-baru ini dan terdapat netizen yang menegur warna kulit aktres itu kelihatan lebih gelap daripada biasa.
Menerusi hantaran di Threads, pelakon berusia 28 tahun itu dalam nada sinis berkata dia menyedari ada ‘mak cik bawang’ yang meninggalkan komen sebegitu.
“Ada makcik bawang komen dekat gambar event (Inayah Beauty), ‘kenapa Intan Najuwa tu gelap sangat’. Eh, rasa macam nak cili mulut dia,” katanya.
Menjawab tohmahan itu, Intan menjelaskan perubahan warna kulitnya sesuatu yang semula jadi memandangkan dia kerap menemani suaminya bermain sukan polo dan terdedah kepada panas matahari.
“Hari-hari teman suami main polo kat padang. Panas tau dan saya memang bukan wanita berkulit putih. Dari kecil memang sawo matang,” katanya lagi.
Dalam masa sama, Intan turut menggesa orang ramai agar berhenti menilai seseorang berdasarkan warna kulit.
“Please la, stop nak judge orang kulit putih la, gelap la. Baik pergi buat benda berfaedah sikit,” ujarnya.
Kenyataan Intan itu kemudian mendapat sokongan warganet yang memuji keberaniannya bersuara dan menekankan kecantikan tidak seharusnya diukur pada warna kulit semata-mata.
Topic Berkaitan
#Netizen
#Makcik Bawang
#Intan Najuwa
#Putih
#Kulit
#Warna Kulit
#Gelap
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement