,
Laman Utama

Majlis Sanding Tom & Fuad Bernilai RM1 Juta - “Saya Tak Sangka, Niat Nak Buat Sederhana Je”

Shahrin Zulkifle
05/03/2023
07:00 MYT

Hari ini berlangsungnya majlis resepsi perkahwinan pasangan selebriti Fuad Rahman dan Tom yang diadakan di Stadium Pasir Gudang, Johor Bahru.

Majlis yang diadakan di lokasi sama acara Foodstival anjuran Star Vendors itu berlangsung penuh warna-warni dan meriah dengan kehadiran rakan artis dan peminat yang meraikan pasangan sama cantik sama padan itu.
Perkahwinan tersebut sekali gus mencipta rekod apabila mereka menjadi pasangan selebriti pertama yang melangsungkan resepsi di acara Star Vendors.
Menariknya, resepsi tersebut telah ditaja oleh pihak Star Vendors dengan jumlah tajaan sebanyak RM1 juta.
“Terima kasih kepada Kak Ifa Raziah dan team Star Vendors kerana meraikan perkahwinan kami ini. Saya tak sangka kerana niat ingin buat yang sederhana sahaja, tapi diraikan sebegini meriah. Syukur alhamdulillah,” ringkas Fuad.
Pada 26 Februari lalu, Fuad yang juga penyanyi berasal Singapura selamat menikahi Tom dan sah bergelar suami isteri dalam sebuah majlis akad nikah yang diadakan secara tertutup di Batam, Indonesia.
Tom atau nama lengkapnya Raja Farah Afzal Raja Ikram menerima mas kahwin sebentuk cincin daripada Fuad. Bagaimanapun harga cincin tersebut dirahsiakan.
Pasangan itu dinikahkan oleh jurunikah yang dilantik dengan disaksikan oleh dua orang abang kepada Fuad iaitu Rozlan Abdul Rahman dan Rasli Abdul Rahman serta berwalikan adik lelaki Tom, Raja Ahmad Faris Afiq.
Berkongsi mengenai detik percintaan, Fuad berkata dia tidak menyangka apabila jodoh mereka yang sebelum terhenti kembali bertaut semula selepas sama-sama menyertai Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9).
“Kalau ingin berkongsi mengenai detik bercinta itu, sudah lama sebenarnya. Kami bercinta daripada dahulu, cumanya on off sahaja. Kemudian kami tidak berhubung untuk masa yang lama.
“Kami tidak dijodohkan ketika itu apabila Tom sudah berkahwin lain dan saya berjumpa dengan jodoh saya. Kemudian siapa sangka, takdir menemukan semula kami di Gegar Vaganza 9.
“Sejak daripada GV, saya merasakan itu masa yang paling tepat untuk pilih dia sebagai isteri. Daripada GV juga saya dah beritahu Tom saya ingin bersama dia sampai keluar uban saya, sampai akhir hayat.
“Saya memang sangat sayang dia, berjumpa keluarga pihak dia dan pihak saya. Semua terima dengan baik dan gembira bila tahu kami ingin mendirikan rumah tangga,” kongsi Fuad.
Pasangan itu mengambil pentas utama acara Foodstival dengan hiasan pelamin yang cukup mewah dan gah sambil diraikan oleh ribuan tetamu yang hadir.
Fuad dan Tom kelihatan manis mengenakan busana songket berwarna krim cerah.
Untuk info, Fuad pernah mendirikan rumah tangga sebanyak dua kali dan dikurniakan dua cahaya mata. Manakala Tom pula, pernah mendirikan rumah tangga sebanyak tiga kali dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

40 Hari Berkahwin, Wanita Minta Cerai Sebab Suami Mandi Sekali Sebulan

gempak
19/09/2024
00:55 MYT
Seorang isteri memfailkan perceraian selepas 40 hari berkahwin kerana suaminya jarang mandi dalam kejadian di bandar Agra, India.
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
Hiburan

Tenang Berdepan Kontroversi Melibatkan Perkahwinan Didakwa Tidak Sah, Angeline Tan Syukur Suami Beri Keyakinan - “Kami Menerima Banyak Panggilan & Mesej, Malah…”

gempak
12/09/2024
23:45 MYT
Dalam agama Islam, akad nikah adalah perkara yang wajib dilakukan untuk menjadi pasangan suami isteri. Namun, pernikahan antara Angeline Tan dan Sabri Yunus pernah menjadi isu suatu ketika dahulu.
Berita

“Stop Grooming Children! Stop Pedofile Bang**t” - Peguam Dedah Kisah Ada Pakcik Mahu Nikah Anak Buah Sendiri

gempak
12/09/2024
16:00 MYT
Seorang peguam berkongsi pengalamannya bertemu dengan individu yang menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan anak saudaranya sendiri.
Hiburan

Raline Shah Minta Ibu & Bapa Carikan Jodoh : “Saya Tinggal Pilih”

gempak
11/09/2024
14:50 MYT
Aktres Indonesia, Raline Shah terkenal bukan hanya kerana bakat lakonan tetapi kejelitaannya.