,
Laman Utama

Majalah British Nobatkan V BTS & Lisa Blackpink Sebagai Idol K Pop

Maliah Surip
25/06/2021
07:20 MYT
Pengaruh dan populariti dua bintang K Pop dari dua kumpulan popular Korea Selatan menjadikan nama mereka dipilih sebagai idol oleh sebuah majalah British.
Personaliti itu adalah V dari BTS dan Lisa dari Blackpink. V dinobatkan sebagai Idol Lelaki Terpopular sementara Lisa pula sebagai Idol Wanita Terpopular 2021 versi majalah Nubia.
Pengiktirafan tersebut dibuat berdasarkan data yang dikutip daripada pelbagai platform termasuk pencarian di Google, survey secara online dan bersemuka serta beberapa cara lain.
Menerusi laporan AllKPop, majalah tersebut memilih 10 nama artis K Pop yang disifatkan popular seperti Cha Eunwoo dan, EXO’s Baekhyun namun keputusan berpihak kepada V dari BTS untuk kategori lelaki.
Majalah tersebut menulis: "V seperti seorang lelaki yang telah 'memecahkan rekod' internet dengan popularitinya.
"Kajian kami menunjukkan dia sebagai wajah paling popular dan mempunyai peminat yang sangat besar di seluruh dunia."
Laporan yang sama juga mengatakan selain sukses sebagai salah seorang anggota kumpulan paling berpengaruh di dunia, V juga sangat berbakat dan lakonan.
Malah perkataan V juga sempat disalah tafsir sebagai aksara paling banyak dicuit di Twitter. Ironi, pengguna platform tersebut mencuit aksara V sebagai merujuk kepada V BTS.
Sementara populariti Lisa pula tidak dinafikan dengan penglibatannya sebagai salah seorang anggota Blackpink selain kejayaan solo lainnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Video Muzik Rockstar Lisa Blackpink Didakwa Ciplak Travis Scott

gempak
06/07/2024
13:55 MYT
Mencatat rekod dengan 20 juta tontonan sebaik dilancarkan selama 12 jam, video muzik Lisa Blackpink, Rockstar kini berdepan kontroversi apabila didakwa menciplak hasil kreativiti orang lain.
Viral

Peniaga Ayam Goreng Didakwa Mirip Lisa BLACKPINK, Ini Fakta Yang Anda Perlu Tahu Tentang Gadis Ini!

gempak
02/07/2024
01:55 MYT
Ketika nama Lisa sedang hangat menjadi bualan dek penerbitan single terbaharunya, Rockstar, seorang gadis yang dikatakan mirip penyanyi asal Thailand itu turut viral di media sosial.
Viral

Jalan Yaowarat ‘Lengang’ Ketika Penggambaran MV Rockstar, Lisa Dikatakan Bayar RM2,570 Kepada Setiap Pekedai Supaya Tutup Awal

gempak
29/06/2024
08:55 MYT
Peminat kepada penyanyi, Lisa Manobal pasti berasa teruja selepas lagu dan klip video Rockstar dilancarkan semalam.
Laman Utama

Akaun Media Sosial China Lisa Blackpink Tidak Boleh Diakses, Diboikotkah?

gempak
03/11/2023
05:50 MYT
Akaun media sosial versi China milik Lisa Blackpink iaitu di Weibo dilaporkan tidak lagi dapat diakses
Laman Utama

Pengarah & ‘Screenwriter’ Malaysia, Adele Lim Diiktiraf Asian Hall Of Fame, Sebaris Lisa BlackPink!

gempak
01/11/2023
10:30 MYT
Wow! Tahniah Adele Lim