,
Laman Utama

“Main Lasak Sampai Jatuh..” - Anak Bakal Jalani Pembedahan Dagu Terbelah, Ummi Nazeera Mohon Doa

Azwa Rahman
07/10/2021
03:01 MYT
Pelakon Ummi Nazeera memohon doa orang ramai apabila anak sulungnya, Ayra Aneesah, 3, bakal menjalani pembedahan bagi menjahit dagunya yang luka terbelah.
Menurut Ummi, luka dagu terbelah itu berpunca daripada Ayra yang bermain terlalu lasak sehingga menyebabkan dia terjatuh.
Menerusi laman sosial Instagram, Ummi atau nama sebenarnya Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainal Abidin, 31, berkongsi foto terkini anak sulungnya itu yang kini berada di hospital untuk tatapan umum.
“Semalam main lasak sangat sampai jatuh. Dagu terbelah. So kena jahit this morning.
“Tolong doakan Ayra Aneesah please. May Allah make it a successful surgery. Ameen,” tulis Ummi di ruangan kapsyen.
Sementara itu di ruangan komen, ramai rakan selebriti dam wargamaya menitipkan doa agar Ayra segera sembuh dan pembedahan yang akan dijalaninya berjalan dengan lancar.
Ya Allah semoga Ayra lekas sembuh,” ujar Nadiya Nisaa.
Astaga sian awak Ayra. Semoga cepat sembuh sayang,” kata Diana Danielle.
Alahai Ayra, May Allah make it easy for her surgery,” doa seorang wargamaya.
Get well soon Ayra sayang. Semoga dipermudahkan semuanya,” tulis seorang wargamaya.
Allah Ayra, be strong ya sayang,” ucap seorang wargamaya lagi.
Sekadar info, Ummi berkahwin dengan suami Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani pada 23 Julai 2017
Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Ayra Aneesah pada 22 Ogos 2018 dan Aysha Arsylia pada Jun lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Berehat Dari ‘Basketball’, Dr Izzar Nak Fokus Jadi Tukang Ulas Drama ‘Andai Tiada Dia’ - “Tak Payah Marah Suami Yang Tak Bersalah Sebab…”

gempak
23/11/2024
04:55 MYT
Suami kepada pelakon Ummi Nazeera iaitu Dr. Mohd Izzar Anwari memohon maaf kepada rakan-rakannya kerana terpaksa menolak pelawaan untuk bertanding dan bermain bola keranjang buat masa kini.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Hiburan

Babak Haikal Paksa Suri Rujuk Tular Di TikTok, Netizen Tanya Sah Atau Tak? Ini Penjelasan Dr Zulkifli Al-Bakri

gempak
22/11/2024
08:50 MYT
Tular di media sosial kini babak drama hits Andai Tiada Dia yang memaparkan Haikal lakonan Hisyam Hamid memaksa isterinya untuk rujuk semula dengannya secara paksaan.
Hiburan

Ummi Nazeera Buat Kapsyen ‘No Turning Back’, Ramai Tak Sabar Nak Tonton Episod ‘Andai Tiada Dia’ Malam Ini – “Suri Jangan Patah Balik Okay”

gempak
11/11/2024
12:00 MYT
Pelakon Ummi Nazeera sekali lagi mencuri tumpuan apabila berkongsi foto wataknya dalam drama hits Andai Tiada Dia.
Hiburan

Watak Suri Dalam ‘Andai Tiada Dia’ Penuh Air Mata, Dr Izzar Mohon Lantik Ummi Nazeera Jadi Duta Tisu – “Baik Perempuan Atau Lelaki, Mesti Semua Perlukan Tisu”

gempak
08/11/2024
13:50 MYT
Suami kepada pelakon Ummi Nazeera iaitu Dr Izzar Anwari mencuri tumpuan apabila berseloroh mengenai lakonan isterinya itu dalam drama hits Andai Tiada Dia.
Unitar