,
Hiburan

Mahukan Pembelajaran Yang Lebih Efektif Untuk Anak? Ibu Bapa Boleh Guna Cara Ini

Syafiqah Jalal
14/08/2020
10:01 MYT
Pandemik COVID-19 sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada pelbagai sektor termasuk pendidikkan terutama pelajar apabila seluruh sekolah diarahkan tutup sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Kini kebanyakan sekolah sudah mula dibuka namun pelajar perlu mengikuti SOP (prosedur operasi standard) yang ditetapkan serta menyesuaikan diri dengan norma baharu.
Bagaimanapun, sebagai ibu bapa pasti anda prihatin dengan pembelajaran anak-anak anda kerana sudah hampir 4 bulan berada di rumah dan mengikuti pengajian secara ‘online’.
Jangan bimbang, dapatkan pembelajaran yang lebih efektif dengan Slot Program TV Pendidikan di saluran Astro Tutor TV.
Anak anda tidak lagi ketinggalan kerana Astro Tutor TV boleh meningkatkan akses murid kepada bahan pembelajaran melalui platform alternatif selain daripada pembelajaran dalam talian.
Dengan ini juga mereka boleh mengulang kaji di rumah secara efektif dan mudah.
Pendekatan ini juga dapat membantu murid yang tidak mendapat capaian internet mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dari rumah.
Menariknya, ia turut dilengkapi informasi dan nota ringkas serta tip dan teknik pemahaman mudah untuk pelajar sekolah menengah.
Bagi murid sekolah rendah pembelajarannya lebih kepada visual yang menarik serta cara belajar kaedah yang mudah dan berguna.
TV Pendidikan di Astro Tutor TV merupakan kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Astro Malaysia Holdings Bhd. (Astro)
Kerjasama KPM dan Astro ini merupakan tambahan kepada siaran slot TV Pendidikan yang kini bersiaran di saluran TV Okey, Radio Televisyen Malaysia (RTM) sejak 6 April 2020. Slot TV Pendidikan di saluran Tutor TV, Astro bersiaran selama dua jam pada setiap Isnin hingga Jumaat.
Waktu siaran adalah pada pukul 10.00 pagi hingga 11.00 pagi menerusi saluran 601 dan pada pukul 11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari menerusi saluran 603.
Waktu siaran adalah pada pukul 3.00 petang hingga 4.00 petang menerusi saluran 601 dan pada pukul 4.00 petang hingga 5.00 petang menerusi saluran 603.
Jadual rancangan boleh didapati dengan melayari portal rasmi KPM di www.moe.gov.my atau di media sosial rasmi KPM dan Astro Tutor TV iaitu Facebook, Instagram dan Twitter @KemPendidikan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Pertarungan Sengit 10 Finalis, Elemen Kejutan Jadi Tumpuan… Ini Ramalan Siapa Yang Bakal Bergelar Juara

gempak
15/09/2024
06:55 MYT
Debaran semakin kencang! Pentas akhir Gimme The Mic Malaysia bakal berlangsung malam ini dengan menyaksikan 10 finalis bakal berentap menjadi yang terbaik.
Filem

Sambutan Padu, Baik Punya Ah Long Raih 1 Juta Selepas Tiga Hari Tayangan!

gempak
15/09/2024
05:55 MYT
Filem muzikal komedi, Baik Punya Ah Long membuka tirai pawagam dengan permulaan yang baik dengan meraih kutipan RM1 juta selepas tiga hari tayangan rasmi.
Filem

Wajib Tonton! JoZan Buat Comeback Menerusi Baik Punya Ah Long

gempak
11/09/2024
13:35 MYT
Dua tahun lalu raja duo komedi Malaysia, JOZAN iaitu gandingan Zizan Razak dan Johan telah menggegarkan pawagam seluruh tanah air menerusi filem pecah panggung, dan kini mereka kembali menggeletek penonton menerusi filem komedi terbaru, Baik Punya Ah-Long.
Laman Utama

Guru Direman Kes Amang Seksual Murid Lelaki 12 Tahun

gempak
09/09/2024
02:25 MYT
Seorang guru di sebuah sekolah di sini direman tujuh hari hingga Sabtu ini bagi membantu siasatan berhubung kes amang seksual fizikal terhadap seorang murid lelaki berusia 12 tahun sejak Mac hingga Ogos lepas.