,
Hiburan

Mahu Tips Rancang Perkahwinan, Bakal Pengantin Wajib Tonton The Birth Of A Mrs

Mya Amri
20/03/2017
11:02 MYT
Merancang majlis perkawinan impian bukanlah satu perkara mudah buat bakal pasangan pengantin kerana perlu mengambil kira semua aspek.
Perkara itu termasuklah konsep perkahwinan, busana, tempahan makanan, dekorasi pilihan dan juga tetamu jemputan.
Kesusahan dan dilema yang dihadapi secara realiti oleh kebanyakan pasangan pengantin dapat ditonton menerusi drama The Birth Of A Mrs (TBOAM) yang merupakan drama Korea online pertama ditayangkan di portal Gempak.com.
Drama tersebut mengisahkan tentang Yeong Hee (Yoon Seung Ah), wanita berusia 30-an yang risau tentang dirinya masih belum berkahwin.
Namun nasibnya berubah apabila kekasihnya, Cheol Soo (Lee Jun Hyuk) telah melamarnya dan mencadangkan proposal perkahwinan untuknya.
Sebagai wanita sudah pasti Yeong Hee mempunyai pelbagai perancangan untuk perkahwinan impiannya namun ideanya sering ditolak oleh kekasihnya.
Bagaimanapun sikap penyabar Yeong Hee membuatkan mereka bertahan sehingga tibanya hari perkahwinan.
Sepanjang sepuluh episod bersiaran, pelbagai tips berguna telah diberikan menerusi jalan cerita yang dilakonkan oleh Yoon Seung Ah dan Lee Jun Hyuk.
Tips-tips tersebut boleh dijadikan sebagai panduan kepada pasangan yang bakal berkahwin nanti.
Saksikan dramaThe Birth Of A Mrs yang disiarkan secara online menerusi portal Gempak.com
Untuk menonton episod penuh, KLIK DI SINI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Kerap Makan Dada Ayam, Avocado & Telur, Rahsia Yoon Seung Ah Cepat Kurus

gempak
09/03/2017
09:37 MYT
Drama

Yoon Seung Ah Kecewa Lamaran Kekasih Tak Romantik Seperti Dalam Drama

gempak
06/03/2017
10:15 MYT
Hiburan

Belum Berkahwin Di Usia 30 Tahun, Yoon Seung Ah Risau Jadi Andartu

gempak
03/03/2017
08:06 MYT