,
Terkini

Mahu Perkasakan Wanita, Bahiyya Haneesa Tampil Dengan 'Percaya'

Asraf Aided
28/08/2020
08:44 MYT
Kumpulan Bahiyya Haneesa kini tampil dengan lagu terbaru berjudul Percaya.
Menurut anggotanya, Bonn, lagu ini mengetengahkan mesej berkaitan pemerkasaan wanita.
“Sesuai dengan tajuk lagu, Bahiyya Haneesa ingin semua wanita diluar sana untuk percaya pada diri sendiri, percaya bahawa setiap halangan yang dilalui akhirnya akan memberikan hasil yang diingini.
"Kita semua tahu tiada apa yang senang dalam dunia ini, semuanya perlukan usaha dan bila gagal, jangan pernah sekali pun kita putus asa. Jadikanlah kegagalan itu penguat semangat untuk kita terus bergerak ke hadapan dan berjaya.
"Paling penting, wanita perlu memberi sokongan antara satu sama lain kerana wanita adalah inspirasi dan semua wanita layak dihargai tanpa mengira siapa pun mereka," katanya.
Menyentuh mengenai aspek teknikal pula,Bagi mereka, ketelitian serta ketepatan setiap baris nyanyian perlu dilunaskan dengan sebaiknya.
Apatah lagi, lagu Percaya ini disulami dengan melodi yang sudah cukup kuat, mereka harus setarakan nyanyian seiring kekuatan rentaknya juga.
“Untuk rakaman Percaya, kali ini agak mencabar kerana lebih banyak pembahagian suara dan harmoni yang kami perlu dilakukan.
"Kami menghabiskan lebih kurang 18 jam dalam studio untuk memastikan ia betul-betul sempurna agar semua orang berpuas hati dengan lagu ini.
"Untuk pembahagian suara, kami lakukan bersama kerana kami ingin memastikan bahagian solo yang dinyanyikan sesuai dengan suara kami. Meskipun pembikinannya tidak dinafikan agak sukar dan mencabar tetapi ia benar-benar berbaloi.
"Kami berjaya masukkan banyak elemen termasuk bahagian rancak, tinggi, rendah, bahagian rap dan campuran bahasa. Kami berganding bahu membantu satu sama lain untuk memberikan yang terbaik” kata mereka.
Kumpulan accapella serba berbakat ini terdiri daripada 8 mahasiswi Universiti Malaya yang dianggotai oleh Afi, Bella, Bonn, Fatin, Nina, Syasya, Suha & Wafa. Mulanya tampil sebagai kumpulan nasyid, mereka kini semakin terbuka mencuba muzik yang lebih versatil dan pelbagai termasuk pop serta rap.
Lagu Percaya boleh dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, JOOX, KKBox, Spotify. Youtube & Youtube Music.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Ameerais Bangga, Anggap Pencapaian Paling Jauh Sepanjang 14 Tahun Dalam Karier Nyanyian – “Saya Tunjuk Pada Semua Saya Boleh Menyanyi”

gempak
17/09/2024
02:55 MYT
Penyanyi Ameerais menyifatkan perjalanannya di Gimme The Mic Malaysia adalah pencapaian tertinggi dalam kariernya sepanjang 14 tahun dalam industri seni.
Hiburan

“Hubungan Suami Isteri Perlu Ada Kepercayaan, Jangan Sebab Nafsu Anak-Anak Merana” - Elly Mazlein

gempak
15/09/2024
23:55 MYT
Meletakkan kepercayaan 100 peratus kepada pasangan, penyanyi dan pengacara popular Elly Mazlein mengakui tidak pernah memeriksa telefon mahupun dompet suaminya.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.
Hiburan

Kagum Dengan Ciptaan Allah SWT, Alif Satar Sentuh Hati Netizen Dengan Nasihat - “Dia Tak Perlukan Kita, Kita Perlukan Dia”

gempak
11/09/2024
05:55 MYT
Pelakon dan penyanyi, Alif Satar berkongsi hantaran bermakna mengingatkan orang ramai terhadap kebesaran Allah SWT.