,
Laman Utama

“Mahu Berkongsi Tanpa Mengira Bangsa & Agama”- MUA Bella Pula Tampil Hulur Tablet Buat Pelajar Memerlukan

Syafiqah Jalal
06/02/2021
03:50 MYT
Memahami keadaan serta situasi pandemik ini, juru solek serta selebriti media sosial yang dikenali sebagai MUA Bella tampil menyatakan niatnya untuk menghulurkan bantuan tablet buat pelajar yang memerlukan untuk pembelajaran dari rumah (PdPR).
Menurut MUA Bella atau nama sebenarnya, Nabilah Zulyadaini itu dia kini sedang mencari bekalan tablet yang banyak dengan harga berpatutan untuk diberikan kepada keluarga yang memerlukan tidak kira bangsa dan agama.
“Doakan saya dipermudahkan. Insya-Allah, saya tengah mencari tablet untuk anak-anak yang keluarganya tidak berkemampuan membelinya.
“Sebab sekarang belajar memang melalui online, jadi mereka sangat perlukan tablet ini. Insya-Allah sedikit sebanyak dapat memberi sinar ceria dan semangat untuk anak-anak dan ibu bapa yang memerlukan,” katanya.
MUA Bella berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik foto contoh tablet yang diperlukan.
Justeru, MUA Bella menyeru pembekal tablet untuk tampil dan menjual barangan tersebut kepadanya dengan harga yang berpatutan.
“Siapa supplier yang ada stok banyak dan menjual dengan kadar harga diskaun sikit boleh mesej ya sebab insya-Allah saya dan suami ingin membeli dengan jumlah yang banyak.
“Niat kerana Allah taala. Rezeki dari Allah semuanyaa kita wajib berkongsi tanpa mengira bangsa dan agama,” katanya lagi.
Terdahulu, pendakwah bebas Ebit Lew antara insan yang terawal menghulurkan bantuan tablet kepada pelajar yang memerlukan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pernah Empat Kali Diserang Strok, Sheqal Sebak Terima Bantuan - "Saya Sedih, Dulu Kita Tolong orang, Sekarang Orang Bantu Kita Pula"

gempak
24/11/2024
01:55 MYT
Penyanyi popular era 1980-an, Shahrin Sallehudin, atau lebih dikenali sebagai Sheqal, 59, gagal menahan sebak apabila menerima sumbangan RM5,000 dari Yayasan PEKEMA Prihatin pada Sabtu.
Berita

Anak Sebak, Bapa Sanggup Derma Buah Pinggang - “Saya Syukur Dapat Peluang Kedua Untuk Hidup Tanpa Dialisis”

gempak
22/11/2024
05:25 MYT
Selepas empat tahun berjuang sebagai pesakit buah pinggang dan menerima rawatan dialisis, seorang doktor akhirnya melahirkan rasa syukur apabila dia kini tidak perlu lagi berbuat demikian serta boleh menjalani kehidupan seperti biasa.
Hiburan

Inayah Beauty Hulur RM500,000 Bantu 2,500 Keluarga Di Gaza! - "Kami Bercita-Cita Jadikan Kutipan Ini Acara Tahunan"

gempak
20/10/2024
15:15 MYT
Buat julung kalinya, Inayah Beauty telah membuat langkah besar dengan membantu keluarga di Gaza, Palestin, melalui sumbangan RM500,000 kepada Yayasan Nurjiwa.
Drama

7 Tanda Awal Masalah Kesihatan Mental & Kepentingan Dapatkan Bantuan Yang Diperlukan

gempak
20/10/2024
12:55 MYT
Kesihatan mental adalah penting untuk kesejahteraan, tetapi sering diabaikan. Mengenal pasti tanda awal masalah kesihatan mental dan melakukan intervensi awal adalah kunci untuk mendapatkan bantuan yang diperlukan.
Hiburan

“Semoga Kita Sihat Supaya Mampu Berdikari, Tak Perlu Bantuan Orang Lain Untuk Beli Hermes” - Fiza Frizzy

gempak
09/10/2024
09:55 MYT
Pengacara, Fiza Frizzy tampil memberikan komennya mengenai isu yang didakwa sedang panas di media sosial.
Unitar