,
Hiburan

Mahu Bekas Isteri Sedap Dipeluk Punca Teuku Ryan Kutuk Tubuh Ria Ricis

Maliah Surip
08/05/2024
02:09 MYT
Teuku Ryan akhirnya bersuara susulan tersebar dokumen mahkamah usai sah penceraian di antara dirinya dan Ria Ricis yang antaranya mengandungi dakwaan pelakon tersebut menghina bentuk tubuh bekas isteri sebagai terlalu kurus dan memiliki payudara ‘rata’.
Menerusi kenyataan yang diberikan di saluran Youtube miliknya, Teuku Ryan menafikan telah menghina bentuk tubuh wanita yang pernah menjadi isterinya selama tiga tahun itu.
Sebaliknya dia mendakwa sebagai seorang suami, wajar buatnya untuk menegur perubahan isteri sebagai tanda prihatin. Dia juga mengatakan tegurannya juga dibuat dalam keadaan bergurau.

“Saya pernah cakap isteri terlalu kurus. Ini adalah bentuk perhatian atau tanda peduli saya sebagai seorang suami yang melihat keadaan isteri yang mengalami penurunan berat badan secara mendadak," akui Teuku Ryan seperti dilaporkan Insertlive.

Sambungnya: “Dalam keadaan bergurau saya sempat meminta dia agar lebih berisi untuk lebih enak dipeluk. Itu hanya gurauan antara suami dan isteri tanpa ada maksud menghina.”

BERITA TRENDING: Kutuk Payudara Bekas Isteri ‘Rata’, Ria Ricis Mahu Masukkan Silikon Tarik Nafsu Teuku Ryan

Berat badan isteri turun mendadak

Menurut lelaki yang berasal dari Aceh itu, dia prihatin melihat berat badan wanita yang dulu masih menjadi isterinya turun mendadak.
“Ini kerana saya peduli terhadap istreri saya. Memang saya melihat keadaan isteri saya yang dia memang bekerja, dia sibuk menguruskan ini itu," tuturnya.
Maka dalam kenyataannya itu Teuku Ryan mengaku terkejut kerana kejadian tersebut menjadi salah satu alasan yang diberikan Ria Ricis kepada mahkamah untuk bercerai.

BERITA TRENDING: Rasmi Bercerai Dengan Teuku Ryan, Hak Asuh Anak Jatuh Pada Ria Ricis

PILIHAN PEMBACA: Punca Ria Ricis Berkeras Mahu Cerai Terjawab, Suami Suka Lebihkan Sahabat
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Viral

40 Hari Berkahwin, Wanita Minta Cerai Sebab Suami Mandi Sekali Sebulan

gempak
19/09/2024
00:55 MYT
Seorang isteri memfailkan perceraian selepas 40 hari berkahwin kerana suaminya jarang mandi dalam kejadian di bandar Agra, India.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.