gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Ajai Puji Keperibadian & Bakat Amira Othman - “Saya Suka Artis Yang Memberikan…”
HIBURAN
“Betul-Betul Buang Mak Dia, Level Macam Anjing Kurap Dah…” - Ibu Anna Jobling Menangis, Dakwa Terima Layanan Buruk Anak
HIBURAN
Syafiq Kyle Julang Anugerah 'Rising Star' Festival Filem Asia Pasifik (APFF) Ke-62
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Mahu Bebas Buat Video Masakan, Che Nom Kini Tak Ambil Konten Berbayar - “Sekarang Boleh Masak Ikut Hati & Mood Sendiri”

Mya Amri
Mya Amri
12/08/2025
01:55 MYT
Sponsor Banner
Mahu Bebas Buat Video Masakan, Che Nom Kini Tak Ambil Konten Berbayar - “Sekarang Boleh Masak Ikut Hati & Mood Sendiri”
Personaliti media sosial dalam dunia masakan, Che Nom memaklumkan tidak lagi mengambil tawaran dari sebarang video berbayar atau kandungan tajaan.

Mahu berkarya dengan bebas

Menurut Che Nom, keputusan tersebut dibuat bagi membolehkan dia kembali berkarya dengan lebih bebas dan mengikut citarasa sendiri.

"Che Nom dah tak ambil video sponsor langsung sekarang. Ramai yang terkejut bila dengar ni.“Tapi betul, mulai sekarang Che Nom dah hentikan semua content berbayar atau sponsored. Sebabnya? Che Nom nak kembali bebas dalam berkongsi resepi dan idea masakan,” maklumnya.

Jadual ketat, kreativiti terhad

Tambah Che Nom lagi, kandungan berbayar memerlukan komitmen terhadap jenama tertentu, skrip yang telah ditetapkan serta jadual yang ketat yang mana sedikit sebanyak mengehadkan kreativitinya dalam menghasilkan kandungan masakan.

“Bila buat video sponsor, selalunya kena guna brand tertentu, ikut skrip, dan ada masa yang terhad untuk siapkan. “Banyak kali teringin nak cuba jenama lain atau resepi yang betul-betul Che Nom nak buat... tapi terpaksa tangguh sebab terikat dengan komitmen,” jelasnya.

Boleh masak dengan tenang

Dalam pada itu, Che Nom mengakui kebebasan ini membolehkan dirinya mencuba pelbagai jenama yang dicadangkan oleh pengikut tanpa perlu menunggu kelulusan mana-mana pihak.

“Sekarang alhamdulillah, Che Nom boleh masak ikut hati dan mood sendiri. Kalau esok teringin buat kuih lama guna bahan kampung, boleh terus buat.“Kalau nak test brand baru yang ramai cadangkan, boleh cuba tanpa perlu tunggu 'green light' dari sesiapa.

“Che Nom percaya, bila ada ruang dan kebebasan macam ni, resepi yang keluar akan lebih ikhlas, kreatif, dan sedap, bukan sekadar ikut skrip,” ujarnya.
View this post on Instagram
A post shared by Che Nom Normah Bakar (@che_nom)
Terdahulu, nama Che Nom menjadi bualan netizen selepas dia difahamkan mahu mengundurkan diri daripada aktiviti sebagai pencipta kandungan disebabkan perubahan dalam industri serta keutamaannya terhadap kesihatan dan kehidupan peribadi.
Untuk rekod, Che Nom merupakan antara nama terawal dalam industri pencipta kandungan makanan di Malaysia yang berjaya meraih jutaan tontonan menerusi resipi-resipi tradisional dan moden di pelbagai platform.
Topic Berkaitan
#Che Nom
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement