,
Laman Utama

Mahkamah: Hafidz Roshdi Diperintah Jalani Rawatan Psikiatri Di Hospital Bahagia

Gempak
13/03/2023
05:19 MYT
Mahkamah Majistret, Kuala Lumpur hari ini, memerintahkan pelakon, Hafidz Roshdi dihantar ke Hospital Bahagia bagi menjalani rawatan psikiatri.
Perintah itu dikeluarkan Hakim Siti Fatimah Talib yang bertindak selaku Majistret selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Qistini Qamarul Abrar bagi pemeriksaan mengikut Seksyen 342 Kanun Acara Jenayah.
Hafidz, 29, sebelum ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan isterinya di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya pada 2 Mac lalu.
Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Siti Fatimah.
Berdasarkan pertuduhan, pelakon itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, dengan cara menumbuk menggunakan tangan sebanyak tiga kali sehingga mangsa mengalami luka, lebam dan bengkak di pipi kiri.
Kesalahan itu didakwa dilakukan berhampiran susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya di sini, jam 3.30 pagi pada 2 Mac lalu.
Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman maksimum dua kali ganda bagi sabitan di bawah Seksyen 323.
Dalam prosiding hari ini pendakwaan diwakili Nurul Qistini manakala Hafidz diwakili peguam Datuk Akbardin Abdul Kader.
Terdahulu Hafidz ditahan pada 10 Mac lalu bagi membantu siasatan dalam kejadian menumbuk isterinya ketika hadir di Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.
Bagaimanapun, pelakon drama Kan Ku Kejar Cinta Kamu itu dibebaskan dengan jaminan polis sebaik selesai diambil keterangan pada petang hari sama.
Media sebelum ini melaporkan seorang ahli seorang ahli keluarga Shuhada mengesahkan wanita itu menjadi mangsa keganasan rumah tangga sehingga mengalami kecederaan pada bahagian muka.
Shuhada memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Shah Alam dan kes pengesahan lafaz cerai itu akan disebut pada 21 Mac ini.
Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2
Sumber: HARIAN METRO
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Sean Diddy Tawar RM200 Juta & Rumah Lepas Jenayah Seks, Mahkamah Tetap Hantar Ke Penjara

gempak
19/09/2024
15:13 MYT
Mahkamah Persekutuan di Amerika Syarikat menolak Sean Diddy Combs diikat jamin meski rapper tersebut sanggup membayar sejumlah nilai yang besar agar dibebaskan.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Berita

Polis Sahkan Banduan Terima Rawatan Lari Dari Hospital Sungai Buloh

gempak
19/09/2024
01:53 MYT
Seorang banduan memiliki lapan rekod jenayah dan dadah melarikan diri ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh pada Rabu.
Berita

Kes Zayn Rayyan: Nama Kekal Dalam Kertas Pertuduhan

gempak
18/09/2024
04:43 MYT
Nama Zayn Rayyan Abdul Matiin dikekalkan dalam kertas pertuduhan yang dihadapi ibu bapa kanak-kanak autistik itu.
Berita

Bicara Kes Zayn Rayyan: Mahkamah PJ Kembali Jadi Tumpuan

gempak
18/09/2024
02:25 MYT
Mahkamah Majistret Petaling Jaya kembali menjadi tumpuan petugas media bagi liputan perbicaraan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin, pada Rabu.