,
Hollywood

Magneto X-Men Rancang Raptai Majlis Pengebumian Sendiri

Amri Hassan
17/04/2018
16:28 MYT
Aktor yang popular dengan watak Magneto dalam francais filem X-Men, Sir Ian McKellen dilaporkan sedang merancang sesi latihan pemakaman diri beliau.
Kata McKellen, 78, sejak kebelakangan ini dia sering berfikir tentang kematian dan gembira apabila mengatur majlis pemakamannya sendiri.
Menerusi dokumentari terbaru, McKellen: Playing The Part, pendukung watak Gandalf dalam filem Lord of The Ring itu memberitahu dia mahu 'meraikan' upacara tersebut di sebuah teater.
"Kemasukan secara percuma dan saya mahu orang-orang yang baik sahaja ada di situ.
Bagaimanapun dia mengaku belum bersedia untuk menempuhi 'hari-hari terakhir' itu.
"Ketika saya melihat orang lain semakin lemah dan tidak dapat bekerja, saya fikir, 'Baiklah, itu mungkin berlaku kepada saya!'", tambahnya.
McKellen pernah melakonkan watak ikonik Magneto dalam filem X-Men (2000), X2: X-Men United (2003), X-Men: The Last Stand dan X-Men: Days of Future Past.
Olahan oleh: Amri Hassan Sumber: Independent
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

“Hari Yang Sangat Istimewa” - 'Magneto' Dapat Vaksin Covid-19

gempak
18/12/2020
02:50 MYT
Semoga vaksin yang dihasilkan berjaya untuk seluruh penduduk dunia
Laman Utama

Peminat Protes! Lord Of The Rings Akan Tampilkan Babak Seksual?

gempak
09/10/2020
03:25 MYT
Hiburan

"Awak Nak Makan Laksa?" - Siapa Sangka Juadah Malaysia Ini Buat Kemunculan Dalam Komik Baru X-Men!

gempak
18/06/2020
15:24 MYT
Covid-19

Pelakon X-Men Derma RM1.5 Juta Untuk Beli Sut Perlindungan Peribadi COVID-19

gempak
31/03/2020
03:22 MYT