,
Berita

“Macam-Macam Perkara Tidak Sahih Disebarkan…”- Bapa Nafi Surya Pakai Gelang Emas

Syafiqah Jalal
06/11/2020
02:12 MYT
Bapa kepada Siti Nur Surya, Ismail Muda, 58, menafikan dakwaan yang tersebar luas di media sosial kononnya gelang emas milik Siti Nur Surya juga dicuri suspek dalam kejadian pada Ahad lalu itu.
Menurut beliau, arwah yang merupakan anak kelima dari tujuhnya tidak memakai barangan kemas sewaktu kejadian.
“Arwah anak saya (Siti Nur Surya) tidak gemar pakai barangan kemas. Saya minta warganet tidak menyebar perkara tidak sahih di media sosial.
“Saya terkilan macam-macam perkara tidak sahih disebarkan sehingga mengganggu emosi ahli keluarga saya terutama anak bongsu (Nur Liyana Syuhada, 15) yang masih kemurungan sehingga hari ini,” katanya.
Dalam pada itu, remaja perempuan berusia 19 tahun yang merupakan suspek kes pembunuhan Siti Nur Surya Ismail dipercayai menggunakan wang milik mangsa yang diambilnya untuk membayar hutang.
Ayah Siti Nur Surya, Ismail Muda, 58, berkata, beliau dimaklumkan perkara itu ketika dipanggil polis untuk melakukan pengecaman pada semalam.
“Saya dimaklumkan individu yang menerima duit tersebut telah memulangkannya kepada polis setelah berita kematian anak saya (Siti Nur Surya) dan penahanan suspek tersebar,” katanya.
Sumber: Kosmo Online
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar