gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
"Perkara Ini Mengganggu Mental Saya Sebab ..." - Arfie Shah
HIBURAN
‘SAYANG’; Filem Kerjasama Malaysia–Taiwan Bakal Menemui Penonton Tahun 2026
HIBURAN
Lee Je-hoon Kembali! Taxi Driver Musim 3 Lebih Kejam, Gelap
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

"Macam-Macam Awak Dah Korbankan..." - Kaka Azraff Ucap Terima Kasih Buat Suami

Asraf Aided
Asraf Aided
16/03/2021
09:00 MYT
Sponsor Banner
"Macam-Macam Awak Dah Korbankan..." - Kaka Azraff Ucap Terima Kasih Buat Suami
Penyanyi yang juga juara Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35), Kaka Azraff mendedikasikan ucapan terima kasih kepada suaminya, Adam Azriff.
Menurut Kaka, Adam telah berkorban dan banyak memberi sokongan untuk penglibatannya dalam pertandingan berprestij itu.
"Thank you for everything my love, izinkan saya fokus, ambil alih rutin saya, bangun pagi siapkan Aslan sebab nak bagi saya tidur lama.
"Bagi idea dan rancang persembahan pentas kami serta mood, macam-macam awak berkorban untuk saya selesaikan AJL," tulis Kaka di Instagram.
Dalam pada itu, Kaka turut merasakan kejayaan yang diperoleh di pentas AJL35 adalah dari berkat doa suaminya.
"Terima kasih sayang! Berkat doa awak semua ini, Insya-Allah, my number one supporter, my bestfriend," tulisnya lagi.
Perkongsian Kaka itu semestinya mendapat perhatian dari para pengikut dan rakan industri.
Rata-rata mereka tumpang gembira dan mengucapkan tahniah kepadanya.
View this post on Instagram
A post shared by K A (@kakaazraff)
Ahad lalu, Kaka bersama Loca B dan Noki membawa pulang trofi juara AJL35 menerusi lagu mereka, Gila.
Tempat kedua dan ketiga pula masing-masing diduki Aina Abdul dengan lagunya Sumpah dan Wany Hasrita bersama Datuk Jamal Abdillah menerusi lagu Belenggu Rindu.
Sementara Ernie Zakri memenangi kategori vokal terbaik, diikuti Zizi Kirana untuk persembahan terbaik.
Topic Berkaitan
#Kaka
#Kaka Azraff
#Suami
#Adam Azriff
#Gila
#AJL35
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement