,
Hiburan

“Macam Tudung Orientasi UiTM Je” - Jalin Kolaborasi Bersama Marvel, Netizen Samakan Koleksi Terbaru Duck Dengan Tudung Percuma UiTM

Azwa Rahman
18/06/2020
08:19 MYT
Jenama tudung terkenal dUck telah melancarkan koleksi terbaru hasil kolaborasi bersama produksi Marvel bagi menghasilkan hijab dan tali leher bersempena hari bapa.
Koleksi Marvel ini hadir dalam lima rekaan dan warna yang berbeza mengikut karakter adiwira terkenal, Ironman.
Namun, apa yang menarik perhatian wargamaya adalah salah satu rekaan bagi koleksi Marvel tersebut begitu mirip dengan tudung orientasi Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Hasil tinjauan Gempak di Twitter, koleksi Marvel berwarna ungu dan emas tular itu apabila ramai yang menyedari tentang persamaan itu.
“Macam tudung orientasi UiTM ja aku tengok tudung dUck ni,” komen seorang wargamaya. “Lepas ni orientasi UiTM sponsored oleh dUck,” cadang seorang wargamaya.
“Design tudung dUck x Marvel yang warna ungu tu macam tudung MDS UiTM. Bukan yang zaman aku lah tapi zaman yang baru-baru ni,” kata seorang wargamaya.
“Hahaha first time tengok kat IG dUck tadi, memang teringat terus kat tudung free UiTM. Haha,” usik seorang wargamaya.
“Kenapa tengok Marvel x dUck yang code armored lebih kurang tudung MDS UiTM. Lagi-lagi yang square. Tak, tak. Mata aku sorang je yang tengok macam tu. Jangan kecam pulek,” tulis seorang wargamaya.
“Design tudung dUck Marvel ni macam design tudung UiTM aku rasa. Takpelah vivy pun lembaga pengarah jugak,” komen seorang wargamaya lagi.
Koleksi tudung kolaborasi Marvel dan dUck ini mula dijual di butik dan secara atas talian pada harga RM250.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Semua Selebriti Pakai Baju Kami, Termasuklah Bella Astillah" - FiziWoo

gempak
11/09/2024
21:55 MYT
Jenama rumah fesyen terkenal, FiziWoo memaklumkan aktor kontroversi, Aliff Aziz merupakan pelanggannya sejak beberapa tahun lepas.
Hiburan

Netizen Bengang Jenama Fesyen Terkenal Bekerjasama Dengan Aliff Aziz? – “Done Unfollow! Tak Ada Manusia Lain Lagi Ke?"

gempak
11/09/2024
06:55 MYT
Aktor sensasi Aliff Aziz mencuri tumpuan warganet apabila tampil dalam perkongsian sebuah jenama rumah fesyen terkenal tanah air, FiziWoo, baru-baru ini.
Gaya Hidup

Tak Berhenti Buat Kebajikan, Yayasan Rizalman Ibrahim salur RM500,000 Baik Pulih MCH Liverpool

gempak
10/09/2024
13:20 MYT
Diam-diam ubi berisi, mungkin itu perumpamaan yang sesuai diberikan kepada Datuk Rizalman Ibrahim apabila terus menjalankan kebajikan sebagai salah satu tanggungjawab beliau dalam membantu membangunkan ummah.
Hiburan

Komposer Lagu MADANI Jiwa Merdeka Terima Anugerah Seri Paduka Baginda Tuanku Canselor - "Agak Terkejut, Calon Lain Lebih Layak"

gempak
04/09/2024
01:30 MYT
Komposer muda, Affan Mazlan menerima Anugerah Seri Paduka Baginda Tuanku Canselor pada Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM), baru-baru ini.
Gaya Hidup

"Kami Tahu Bagaimana Rasa Sakitnya Dihina..." - Precious Of Malaysia Iktiraf Bakat Pelajar IPT, Pertandingkan Di International Cultural Fashion Week!

gempak
03/08/2024
02:58 MYT
Empat IPT bertanding dalam International Cultural Fashion Week iaitu Universiti Teknologi MARA Shah Alam (UiTM Shah Alam), Taylor’s University, ESMOD Kuala Lumpur dan Kolej Komuniti Selayang