,
Hiburan

"Macam Tak Nak Bagi Tuan Adam Bersara Je" - Hisyam Hamid Terima Penghargaan Dari Maritim Malaysia

Amri Hassan
24/02/2020
23:24 MYT
Pelakon drama bersiri TQ Captain, Hisyam Hamid menerima sijil penghargaan daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) baru-baru ini.
Penghargaan itu diberikan kepada Hisyam yang mendukung peranan Kapten Adam dalam drama tersebut sebagai jasa dan sumbangan memperkenalkan APMM dengan lebih meluas.
Hisyam pada masa sama mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih atas penghargaan terbabit.
"Ia menjadi satu kebanggaan kepada saya, setiap kali saya menyarung uniform ini, ia menjadi tanggungjawab personal saya untuk menjaga disiplin dan profesionalisme.
"Terima kasih atas peluang yang diberikan," kata Hisyam dalam entri di Instagram bersama fotonya menerima penghargaan itu.
Perkongsian Hisyam meraih ucapan tahniah daripada peminat yang mahukan drama itu disambung lagi selepas ini.
"Tuan Adam asyik muncul balik je. Macam mana nak move on?" tulis salah seorang pengguna.
"Mana Mikayla tak datang? Dia buat kerja gila lagi ke pergi shooting penyeludup," seloroh @mahlilmadzin.
"Tak nak buat ke TQ Captain 2?" soal @n.humaira05.
"Lt Kdr (M) Adam Alauddin.. Nampak akan ada TQ Captain 2," sahut @karlnaim_99.
Drama TQ Captain yang disiarkan di slog MegaDrama Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada Disember lalu turut dibintangi Mawar Rashid, Mark Adam, Tomok dan Raf Yaakob.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nabil Ahmad Teruja Jadi Anggota APMM Sertai Perbarisan Hari Kebangsaan ke 67 di Putrajaya

gempak
30/08/2024
09:55 MYT
Penyampai 3 Pagi ERA Nabil Ahmad akui teruja dan tidak menyangka dapat sertai perbarisan hari kebangsaan bersama APMM.
Drama

Hisyam Hamid Gementar Jadi Lelaki ‘Autisme’, Hariz Hamdan Pula Tak Sangka Lakonan Jahat Menjadi Dalam Drama ‘Bunga Salju’

gempak
19/06/2024
06:55 MYT
Pelakon Hisyam Hamid mendedahkan buat kali pertama dia membawakan watak seorang lelaki autisme dalam drama siri yang sedang ditayangkan di Astro Ria iaitu Bunga Salju.
Hiburan

Akui Sukar Lakonkan Watak Autistik, Hisyam Hamid Ambil Inisiatif Pelajari Sikap Individu Autisme

gempak
27/05/2024
11:55 MYT
Memainkan watak autistik dalam drama terbaharu terbitan Astro berjudul Bunga Salju, pelakon Hisyam Hamid tidak menafikan bahawa sukar untuk mengadaptasikan ‘keadaan’ itu ke dalam satu naskhah.
Hiburan

"Kami Tidak Lagi Suami Isteri" - Hisyam Hamid

gempak
23/05/2024
09:36 MYT
Pelakon Hisyam Hamid berkongsi cerita tentang hal perkahwinannya selepas khabar angin mendakwa hubungannya dengan isteri, Rosmawati Hanafi sedang bergolak.
Berita

Helikopter APMM Terhempas Di Kuala Selangor

gempak
05/03/2024
04:14 MYT
Helikopter AW139 milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) terhempas di 5 batu nautika berhampiran Pulau Angsa, hari ini.