Berita
Macam Nak Muntah Berlakon Babak Romantik Dengan Fikry Ibrahim - Siti Nordiana
Penyanyi Siti Nordiana akui kekok menjadi pasangan kekasih Fikry Ibrahim dalam telemovie terbaharu Cakelat Semanis Honey.
Menurut Nana, rasa kekok itu tetap ada walaupun meskipun pernah digandingkan bersama sebagai pengacara dalam program Gema Gegar Vaganza.
"Pada awalnya memang saya berasa kekok untuk berlakon sebagai pasangan kekasih bersama dengan Fikry kerana perbezaan usia diantara kami.
"Saya dan Fikry dah macam kakak dan adik tapi apabila berada di set penggambaran kami terpaksa menggunakan gelaran awak dan saya.
"Kadang-kadang saya rasa macam nak muntah pun ada apabila perlu melakonkan babak yang romantik bersama Fikry memandangkan watak kami sebagai pasangan kekasih.
"Namun lama-lama perkara itu dah jadi biasa dan kami juga sudah mendapat keserasian untuk membawa yang diberikan dengan baik," katanya kepada Astro Gempak.
Nana berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran aplikasi Gempak di The Bee, Publika, pada Khamis.
Pada majlis itu, platform digital hiburan nombor satu Malaysia, Gempak telah memperkenalkan wajah baharu dan melancarkan aplikasi Gempak yang boleh dimuat turun secara percuma.
Menerusi aplikasi Gempak, pelbagai kandungan eksklusif, video menarik, berita hiburan dan informasi terkini, tips dan tutorial, gaya hidup dan siri televisyen tempatan dan luar negara boleh diakses dengan lebih pantas.
Aplikasi Gempak boleh dimuat turun di Google Play Store (Android) dan Apple App Store (iPhone) secara percuma!
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Must-Watch Video