,
Laman Utama

“Macam Mini Tsunami, Kereta Atas Kereta” - Jadi Sukarelawan, Fizi Ali Terkesan Keadaan Mangsa Banjir

Azwa Rahman
24/12/2021
14:42 MYT
Penyampai radio Fizi Ali meluahkan rasa hiba dan sayunya apabila melihat suasana mangsa banjir menerusi sebuah misi banjir yang disertainya pada Khamis.
Menurut Fizi atau nama sebenanrya Mohd Hafizi Alimudin, 32, dia terpanggil untuk menyertai misi bantuan banjir setelah melihat banyak informasi tentang keperluan tenaga kerja yang dikongsikan di media sosial.
“Ini adalah misi bantuan banjir pertama saya, kalau ikutkan saya tak pernah sertai mana-mana misi bantuan sebelum ini. Bila kita tengok di media sosial kan, banyak kawasan memerlukan bantuan bukan sahaja makanan dan barangam tetapi juga tenaga kerja atau sukarelawan.
“Itulah yang membuatkan saya tergerak hati menolong mana yang mampu. Ye lah, kudrat kita ni tidak lah kuat sangat jadi mana yang boleh tolong, kita tolong,” ujar Fizi ketika dihubungi Gempak.
Tambah pemuda yang berasal daripada Johor ini lagi, dia begitu terkesan melihat kawasan perumahan mangsa yang musnah akibat daripada bencana alam.
“Pertama kali sampai di kawasan Karak dan Bentong, ya Allah tak tahu nak cakap macam mana perasaan hiba tu. Sebab bila kita masuk je kawasan tu, laluan utama memang tak boleh masuk kena pusing sikit dan bila sampai je, kita akan nampak kawasan tu dah macam mini tsunami dengan kereta di atas kereta, jalan pulak penuh dengan lumpur, pokok-pokok tumbang dan rumah roboh.
“Bila tengok keadaan macam, baru saya sedar macam ni rupanya situasi selepas banjir. Bila kita hantar barangan keperluan pada mereka, habis semua memang kita bagikan. Ya Allah kepada sesiapa yang tak terjejas tu, sekiranya tak tahu nak buat apa, boleh ramai-ramai pergi tolong mangsa banjir,” serunya lagi.
Selain menghantar barangan keperluan, Fizi bersama rakan penyampai radio yang lain turut menghulurkan tenaga membersihkan sebuah kantin sekolah yang kotor untuk digunakan sebagai penempatan sementara beberapa keluarga.
“Dalam perjalanan balik, kami ternampak satu sekolah yang kawasan kantin dia kotor. Nampak ada dua tiga orang tengah bersihkan.
“Bila saya tanya, rupanya kawasan kantin sekolah ti dibersihkan sebab ada keluarga yang akan tidur di kawasan itu nanti. Kami dalam 7,8 orang bantu bersihkan kantin tu, tolak lumpur, bersihkan pakai water jet sampai kawasan tersebut boleh digunakan kembali,” kongsi Fizi lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Lydia Individu Paling Risau Bila Tyzo Masuk Hospital! - "Balik Bercuti, Dia Terus ..."

gempak
04/09/2024
14:30 MYT
Penyampai radio Tyzo Xander mendedahkan usahawan Lydia Rosli antara individu yang paling risau apabila dia dirawat di hospital pada Selasa.
Hiburan

“Bila Dengar Luahan Masalah Orang, Buat Saya Rasa Lebih Bersyukur” - Mawi

gempak
27/08/2024
15:46 MYT
Penyanyi dan penyampai ZAYAN, Mawi akui segmen ‘Bukan Nama Sebenar’ di platfom radio berkenaan banyak mengajarnya erti bersyukur.
Hiburan

Tiada Lagi Usikan Nakal Di Konti Radio, Haniff Tinggalkan ERA & Ean Undur Diri Dari HITZ

gempak
31/07/2024
12:23 MYT
Penyampai radio ERA, Haniff Hamzah dan HITZ iaitu Ean mengambil Keputusan untuk meninggalkan kerjaya mereka.
Hiburan

Roy Azman Sebak, Angah Raja Lawak Ambil Keputusan Berhenti Jadi Penyampai Radio SINAR - “Saya Perlukan Kerja, Saya Memang Nak…”

gempak
31/07/2024
02:55 MYT
Pelawak Angah mengambil keputusan untuk berhenti daripada tugas sebagai penyampai radio SINAR atas faktor masalah kesihatan yang dihadapinya.
Hiburan

Hilang Arah Selepas Ditamatkan Perkhidmatan Di Stesen Radio, Fizie Pernah Terfikir Nak Akhiri Nyawa Sendiri - “Aku Hampir Terjun, Nasib Baik Allah Hantar…”

gempak
19/07/2024
00:55 MYT
Penyampai radio Fizie tidak menyangka segala pengorbanan dan komitmen yang diberikan sepenuhnya kepada kerja selama 10 tahun tidak dihargai apabila dia diberhentikan serta merta di sebuah stesen radio pada Julai 2021.