,
Laman Utama

"Macam Makan Bab*!" - Hisham Raus Menangis Netizen Tibai Video ASMR, Tuduh Tiru Content Luar Negara

Amri Hassan
16/08/2023
01:54 MYT
Bermula sebagai YouTuber sekitar tahun 2018, pempengaruh Hisham Raus tidak putus semangat untuk terus mempelbagaikan kandungan digitalnya.
Terbaharu, pempengaruh yang popular menerusi kandungan video resepi dan ASMR mendedahkan dirinya pernah tewas dengan kata-kata negatif netizen hingga mengambil keputusan untuk berhenti.
Bagaimanapun, selepas beberapa tahun, semangatnya semakin pulih dan mula aktif di Instagram dan Tiktok pula.
BACA: Refreshing! Resepi Sprite Campur Teh Hisham Raus Mendunia, Ditonton 32 Juta Hingga Ke Eropah
BACA: “Miskin Tak Payah Nak Mukbang!” - TikToker Menangis Dihina Hanya Kerana Makan Nasi Putih, Tempe Goreng & Sayur
“Dulu orang siap mengata ‘makan macam babi!’ kerana bunyi ASMR, dan macam-macam lagi orang hina. Saya sedih sehingga mengalirkan air mata. Penat buat video, orang dengan mudahnya mengecam tanpa belas kasihan.
“Saya selalu cari video-video pempengaruh luar negara sebagai rujukan dan banyaklah komen jahat kerana kononnya saya meniru. Bagaimanapun kita matang kerana pengalaman yang dilalui kan…
"Saya berbalik kepada niat, apa tujuan utama saya jadi pempengaruh? Untuk menambahkan pendapatan dan boleh tampung keluarga," katanya.
Kemunculan semula Hisham menghasilkan pelbagai video-video kreatif masih tidak menghalang kewujudan haters.
Namun dia mengambil perkara itu sebagai komen-komen pedas yang akan mengasah lagi skil penghasilan videonya.
"Jadi saya anggap haters akan buatkan kita jadi lebih baik. Tanpa mereka, video kita belum cukup baik. Alhamdulillah, sekarang ini, yang mana pernah jadi haters kini pengikut setia saya," tambahnya.
Jom semak profil Hisham Raus:
Nama : Norhisham bin Raus
Umur : 41
Adik beradik: No 4 daripada 8 adik beradik
Lahir : Kuala Terengganu
Menetap : Kuala Lumpur (sejak 2003)
Hobi : Menghasilkan Video
Pendidikan: PMR Pada usia 17 tahun (1999) Hisham bekerja di sebuah hotel di Terengganu dan sejak itu Hisham terus bekerja dalam bidang perhotelan sehingga memiliki restoran sendiri.
Kerjaya : F&B - Hotel & independent Restaurant
Kerjaya terkini : Pemilik hishamraus Restaurant Bangi
Hisham pernah terpilih sebagai Content Creator Trending di Astro Gempak pada April 2023.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.
Hiburan

Seronok Bekerja Bersama, Nabila Huda Sifatkan Leona Bukan Bimbo - "Dia Kelakar, Manja & Bijak"

gempak
18/09/2024
07:55 MYT
Gerak-geri sering dikritik, pelakon Nabila Huda, menyatakan pempengaruh media sosial sensasi, Kasih Iris Leona, 22, sebagai seorang anak muda yang berbakat, bijak, kelakar dan bukan budak 'bimbo' seperti yang disifatkan netizen.