Hiburan
“Maaf Tanya Benda Ni Normal Ke?” - Selamba Letak Kaki Atas Kerusi, Mierul Aiman Mohon Penonton Jaga Adab Ketika Tengok Wayang
Pelakon, Mierul Aiman menegur memohon penonton yang hadir ke pawagam supaya menjaga adab masing-masing dan tidak menimbulkan rasa kurang selesa orang lain.
Mohon jaga adab
Mierul menerusi hantaran terbaharu di platform X meluahkan rasa kurang senang melihat tindakan beberapa individu yang meletakkan kaki di atas kerusi dalam sebuah pawagam baru-baru ini.
Berkongsi semula hantaran tersebut di Platform X miliknya, Mierul bertanyakan soalan sama ada tindakan tersebut adalah normal atau sebaliknya.
“Maaf bertanya, benda normah ke ni? Sebab saya first time nampak,” soalnya.
Maaf bertanya, benda normal ke ni?Sebab saya first time nampak pic.twitter.com/57OYf3oABx— Mierul (@mierulaimanx) December 3, 2024
Menerusi hantaran seterusnya, Mierul meluahkan rasa kecewa melihat sikap mereka yang seolah-olah tidak mempunyai adab di tempat awam.
“Kita ni maju macam mana sekalipun, adat dan warisan tok moyang kita jangan lupa.
“Jangan pernah rasa tempat orang lain macam rumah kita sendiri. Ketinggian adab itu merendahkan takhta kita,” tulisnya.
Netizen setuju dengan Mierul
Dalam pada itu, rata-rata netizen bersetuju dengan teguran Mierul.
Antara komen yang diterima:
“Perangai tak bertamadun betul lah. Paling pantang orang letak kaki atas or tepi celah seat, jenis berbual tak pandang kiri kanan dan yang main phone screen terang kemain. Dalam wayang kot, common sense kelaut dalam,”
“Tak normal but kat wayang mostly memang banyak jenis manusia macam ni. Bila kita tegur, tarik muka perli perli. Same to bila kena tegur dengan pekerja wayang tu, eh marah balik pekerja wayang tu dah pehal eak,”
“Tak normal ni. Sebab saya selalu jugak jumpa orang biadab cuma yang ni bukan setakat biadab, pengotor sekali,”
ARTIKEL BERKAITAN:Mierul Aiman Tak Pernah Kena Buli Di Set, Akui Tidak Sukar Bergaul Dengan Senior - “Kita Kena Tahu Adaptasi…”
Must-Watch Video