HIBURAN
“Maaf Cakap, Helok Betul!” - Akaun Instagram Bekas Suami Dewi ‘Diserang’ Pujian Netizen
Akaun media sosial bekas suami kepada, Dewi iaitu Ewan ZP, mendapat perhatian ramai selepas ada netizen yang bertindak melakukan perbandingan mengenai penampilan antara Ewan dan suami baharu Dewi iaitu usahawan, Jofliam.
Menerusi tinjauan Gempak, perkara ini tercetus apabila ramai netizen meninggalkan komen mengatakan Ewan lebih kacak berbanding dengan Jofliam.
Antara komen yang diterima termasuk:
“Wah, Ewan lagi handsome daripada Jofliam!”
“Punya la meletop handsome tinggi.
“Dasat penangan Imran. Posting tahun 2023 tapi komen semua fresh dari oven.
“Weh maaf shakap helok bethol!,” komen beberapa netizen.
Terdahulu, seorang individu mendakwa bekas isteri Jofliam iaitu Cik Epal menjadi punca pergaduhan antara Dewi dan bekas suami.
Susulan itu, bekas suami Dewi meninggalkannya selama enam bulan tanpa nafkah dan melanggar lafaz taklik.
Dewi atau nama lengkapnya Emira Delyati Dewi kemudian mengesahkan kenyataan tersebut menerusi perkongsian di Instagram Storynya.
Sekadar info, Jofliam selamat mendirikan rumah tangga bersama Emira Delyati Dewi pada awal April lalu.
Must-Watch Video