,
Hiburan

Lydia Menangis Terlalu Cintakan Tyzo, Pernah Luah Perasaan Mahu Berkahwin - "Dah 10 Tahun Saya Tak Berkawan Dengan Mana-Mana Lelaki"

Ainun
31/07/2024
10:25 MYT
Usahawan terkenal Lydia Rosli mengakui ada menaruh harapan kepada penyampai radio kacak, Tyzo Xander.
Bagaimanapun, Lydia yang juga kakak kepada usahawan sensasi Kak KM kecewa apabila cintanya tidak berbalas.
"Sebenarnya tahun lepas kami berdua memang berkawan rapat tapi itulah dia lambat masuk meminang. Saya sebenarnya sedihlah kerana dia menidakkan perasaan itu.

"Sebagai perempuan saya tunggu dia sebab saya tidak mahu menjadi perigi mencari timba. Kalau dia tidak mahukan saya, saya terima.

“Saya memang nak berkahwin dengan dia tahun lepas. Saya dah 10 tahun tidak berkawan dengan mana-mana lelaki. Jadi, bila dengan dia, saya terbuka hati.
"Yang bagusnya dia membuat saya untuk membuka hati dekat mana-mana lelaki. Selama ini saya tak pernah terfikir mana mana lelaki dah dalam hidup saya. Tapi sekarang kami sudah berkawan sebab kalau boleh dia taknak hilang kawan la," katanya.

BERITA TRENDING: “Kematian Baby Syifa Bukan Satu Kemalangan” - Mahkamah Koroner

BERITA TRENDING: Kembang Tekak! Ulat Sampah Berjalan Atas Sudu, Lelaki Ini Dakwa Alami Keracunan Makanan Selepas Makan Di Restoran Popular Di KL – ‘Sihat, Gemuk, Gebu”

Lydia yang ditemui pada majlis sambutan ulang tahun kedua pasaraya ST Rosyam Mart milik pelakon dan penerbit, Datuk Rosyam Nor di Sungai Buloh, Selangor, dilihat hadir bersama-sama Tyzo.

Berjaya buka hati

Mengulas mengenai kriteria Tyzo hingga menambat hati Lydia, kata usahawan itu lagi, jejaka berkenaan merupakan individu berhati mulia.
“Tyzo seorang yang baik. Susah nak jumpa orang yang baik dan saya rasa selesa dengan dia dan dia pun nampak macam dia nak dengan saya tapi sebaliknya dia tidak mahukan saya pun. Jadi, saya tidak boleh memaksa orang untuk sukakan saya," tambahnya.
Disebabkan perasaannya itu, Lydia kerap menangis apabila terbawa-bawa perasaannya terhadap Tyzo.

"Saya memang jatuh cinta dengan dia. Saya menangis setiap malam bila teringatkan dia tapi lama-lama perasaan itu pudar bila saya rasa saya sudah penat untuk berharap.

"Bila saya cuba untuk jarakkan diri dari dia.. Dia datang mencari saya. Buat masa sekarang, saya berkawan tapi tidak seperti dulu,” ucapnya.

BERITA TRENDING: Lapan Gerai Uptown Danau Kota Musnah Terbakar

BERITA TRENDING: Roy Azman Sebak, Angah Raja Lawak Ambil Keputusan Berhenti Jadi Penyampai Radio SINAR - “Saya Perlukan Kerja, Saya Memang Nak…”

Sekadar info, Lydia juga seorang ibu tunggal yang mempunyai empat cahaya mata.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nina Ismail Sabri & Bakal Suami Kongsi Kisah Cinta Mula Berputik Selepas Bercuti Di Jepun – “It’s Like Our First Dating, Bila Pulang Kami Mula Rasa…”

gempak
22/11/2024
11:50 MYT
Umum mengetahui kakak kepada penyanyi Dafi iaitu Nina Ismail Sabri bakal mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya yang dikenali sebagai Hafiz Osman.
Hiburan

Pernah Dituduh Penyondol, Nissa Sabyan & Ayus Nikah Julai Lalu

gempak
21/11/2024
11:55 MYT
Kisah asmara terlarang di antara anggota kumpulan Sabyan iaitu Nissa dan Ayus dilaporkan berhujung dengan perkahwinan.
Hiburan

“Permintaan Dia Sebelum Menutup Mata…” - Kiah Propa Kembali Berkahwin, Mahu Jaga Bekas Suami Sakit Kanser Leher

gempak
18/11/2024
08:25 MYT
Pelakon dan usahawan, Kiah Propa memilih untuk kembali melangsungkan perkahwinan bersama bekas suaminya, Mohamad Nazri Ismail.
Hiburan

Muatnaik Status Tentang ‘Beautiful Woman’, Hantaran Jefri Nichol Curi Perhatian Netizen - “Ameera Khan Kan?”

gempak
17/11/2024
01:20 MYT
Selepas tular foto berpegangan tangan bersama pempengaruh Ameera Khan, pelakon kacak Indonesia, Jefri Nichol sekali lagi berjaya mencuri perhatian netizen Malaysia.
Hiburan

Mesra Berpegangan Tangan Dengan Jefri Nichol, Ameera Khan Temui Cinta Di Jakarta?

gempak
14/11/2024
21:55 MYT
Nama pempengaruh Ameera Khan kembali menjadi perbualan hangat di media sosial selepas tular video manis nya bersama aktor Indonesia, Jefri Nichol.
Unitar