,
Laman Utama

Lupakan Train To Busan, Ini 5 Filem Terbaik Gong Yoo Anda Wajib Tonton! #PopcornTime

Hanafis Haris
07/01/2022
13:54 MYT
Sebut saja Gong Yoo pasti ramai akan terbayang filem blokbuster hebat Korea, Train To Busan.
Pastinya sejak daripada itu, nama pelakon berusia 43 tahun ini mula mendapat tempat dalam kalangan peminat filem khususnya buat mereka yang baru mengenali 'dunia' Korea.
Namun, tahukah anda pelakon hebat ini sebenarnya mempunyai banyak lagi naskah hebat?
Boleh dikatakan hampir semua filem yang dilakon oleh Gong Yoo kategorikan sebagai filem yang berkualiti dan wajib ditonton tau!
Berikut merupakan lima filem wajib anda layan!
#1 The Age of Shadows
Jika sukakan filem 'slow burn', namun pada masa mampu membuatkan anda rasa tidak senang duduk ketika menonton, ini adalah antara karya terbaik wajib ditonton.
The Age of Shadows boleh dikatakan fiem bertaraf Oscar dengan pelbagai aspek yang hampir sempurna.
Plot, sinematografi, props, kualiti lakonan semuanya dihasilkan begitu terperinci.
Berlatarkan sekitar tahun 1920-an, The Age of Shadows mengisahkanm sekumpulan pejuang yang cuba membawa bahan letupan dari Shanghai untuk menghancurkan kemudahan utama Jepun di Seoul.
Filem ini sangat 'intense' pada bahagian hujung atau '3rd act' dan pada masa sama bakal membuatkan anda tertanya-tanya siapakah dalang sebenar dalam misi mereka!
Rotten Tomatoes beri skor sebanyak 100% buat filem ini. Hebat!
#2 Silenced
Filem ini pastinya bakal membuatkan anda mengalirkan air mata! Confirm!
Siapa sangka, dalam ketenangan seorangb guru berada di dalam sekolah kanak-kanak bisu, rupanya tersimpan satu mimpi ngeri buat murid-muridnya.
Tiada ungakapan boleh digambarkan untuk filem ini selain masterpiece!
Sila tonton ya!
#3 Kim Ji-young: Born 1982
Filem ini diadaptasi daripada novel karya Cho Nam joo di tahun 2016.
Menceritakan kehidupan Kim Ji-young yang dipaksa berhenti kerja kerana hamil dan harus menjadi suri rumah sepenuh masa.
Filem ini dianggap simbo perjuangan perempuan Korea Selatan dalam menghadapi patriarki di negaranya.
Juga, antara masterpiece yang wajib ditonton!
#4 The Suspect
Ini antara filem aksi Gong Yoo yang boleh dikatakan agak powerfull.
Menerusi filem ini, Gong Yoo berlakon sebagai bekas agen yang membalas dendam terhadap kematian keluarganya.
Bagaimana dan berjayakah dia, kenalah layan filem ni. Walaupun sudah lama ditayangkan tetapi ia masih tetap bagus!
Buat mereka yang mahu saksikan pelakon 'legend' ini berlakon genre aksi, maka ini adalah untuk anda!
#5 A Man and a Woman
Jangan tak tahu, filem ini ditayangkan pada tahun yang sama dengan Train to Busan.
Filem romantis ini menceritakan dua individu yang jatuh cinta pada masa dan keadaan yang tidak sesuai.
Malang buat mereka apabila saling jatuh cinta ketika ini. Apakah puncanya anda kenalah tonton!
Menerusi filem ini, Gong Yoo dan Jeon Do-yeon dipuji kerana menampilkan lakonan yang cukup cemerlang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Sukan

Terbuka China: Wei Chong-Kai Wun Tumbangkan Juara Dunia Dari Korea Selatan

gempak
19/09/2024
10:25 MYT
Beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun melakar kejutan apabila menumbangkan juara dunia dari Korea Selatan Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae di pusingan kedua Terbuka China 2024 pada Khamis.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.