,
Laman Utama

Lunak Vokal & Gedik Malu Bersatu, Konsert Belagu ‘Persandingan Cocok’ Dayang Nurfaizah & MPO

Maliah Surip
14/03/2023
03:57 MYT
Jika kumpulan peminat yang hadir ke konsert Dayang Nurfaizah & Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO): Belagu yang berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) berdedai pulang sambil bersenandung senang hati, begitu juga sang penyanyinya, Dayang Nurfaizah atau Dayang.
Meski sangat berdebar menanti respons peminat terhadap konsert itu — sementelah dia tidak menyanyikan satu pun hit popnya tetapi rendisi lagu Melayu klasik yang dimuatkan dalam album projek khas bersama Aubrey Suwito, Belagu, namun akui Dayang objektifnya tercapai.
Apa lagi dia yang manis dan mempersona di atas panggung dengan busana sedap mata memandang dan membuat penonton tersihir lewat lunak vokalnya dapat melihat bagaimana tetamunya ikut berpesta gembira.
“Saya boleh katakan konsert Dayang Nurfaizah & Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO): Belagu ini telah mencapai objektifnya.
“Saya tidak menyangka bukan sahaja dapat menarik golongan senior, tetapi melihat ramai generasi muda ikut terhibur, menyanyi dan berjoget dengan koleksi lagu dalam Belagu, ia membuat hati saya bangga.
“Projek khas yang langsung tidak saya dan Aubrey Suwito jangka dapat memikat hati generasi muda sejak album Belagu I dirilis dan kemudian Belagu II, tiba-tiba bikin konsert dengan orkestra MPO, semuanya macam tersusun cantik,” ujar Dayang penuh teruja saat ditemui media usai konsert.
Bagi MPO sendiri, yang dipimpin kemas oleh Ahmad Muriz Che Rose, persandingan mereka dengan Dayang disifatkan cocok.
“Harmoni antara MPO dan Dayang seperti match made in heaven (sudah ditakdirkan). Saya secara peribadi mahu projek seperti ini berlanjut lagi pada masa akan datang,” kata Muriz.
Dayang pada malam indah itu mendendangkan tembang seperti Menanti Di Ambang Syurga, Tari Tualang Tiga, Dikirim Jangan Dipesan Jangan, Jikalau Abang Merindu, Gurindam Jiwa, Nak Dara Rindu dan Ketipang Payung.
Lewat persembahannya, selain vokal yang memang tidak dipertikaikan lagi sebagai anugerah terindah dirinya, keletah Dayang yang terpaksa beraksi ‘gedik’ membuatkan perempuan 41 tahun itu malu sendiri.
“Dalam skrip tulis minta saya gedik, malunya,” kata Dayang sesekali membuat aksi gedik yang disambut hilai dan tepukan penonton.
Namun paduan vokal hebat dan ‘aksi gedik’ yang dipamerkan langsung tiada kesalahan — sebagai seorang penyanyi dan anak seni yang punya kredibiliti, kami menanti buah tangan-buah tangan yang konsisten dan berkualiti seperti selalunya daripada Dayang.
Kami tidak mahu Dayang Nurfaizah & Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO): Belagu berhenti setakat ini, juga dua siri Belagu diakhiri tanpa disambung kepada Belagu III kerana lewat projek khas yang dibikin Dayang dan seluruh produksi sebenarnya sedang menghidupkan riwayat lagu-lagu lama, klasik yang harus terus dikenali generasi masa kini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Peraduan

GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur

gempak
18/09/2024
09:40 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur Secara Percuma? Memang best!
Hiburan

7 Tahun Bela Rambut, Mawi Reda Botakkan Kepala Live Demi Konsert Tsumawi! - "Masa Tengok Anak Sedih, Saya Pun ..."

gempak
17/09/2024
09:30 MYT
Penyanyi, Mawi sanggup membotakkan kepalanya secara langsung ketika majlis sidang media Konsert Tsumawi 20th Mawi World Live in KL di Hotel Tenera, Bangi pada Selasa.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.
Hiburan

“Tak Mahu Lakukan, Malas Nak Rasa Kecewa Lagi Tapi…” – Aina Abdul Akui Hampir Mengalah! Demi Peminat, Tetap Bangkit Anjurkan Konsert Imaji Tour

gempak
14/09/2024
13:55 MYT
Bagaimanapun kata Aina, semangat yang diberikan oleh orang sekeliling membuatkan dirinya bangkit untuk memastikan impiannya menganjurkan konsert berkenaan terlaksana.
Hiburan

Alan Walker Tunaikan Janji, Gegarkan KL Base 8 Nov Ini

gempak
14/09/2024
04:55 MYT
Menurut Alan, keputusan untuk membatalkan konsertnya sebelum ini adalah disebabkan faktor keselamatan dan juga isu penyalahurusan.