,
Nusantara

Luna Maya Nak Berhenti Jadi Artis Gara Gara Dibuli Teruk Oleh Netizen

Maliah Surip
02/10/2020
14:20 MYT
Pelakon Indonesia, Luna Maya mengaku dirinya sempat terkejut dan tertekan dengan komen komen negatif dari netizen sehingga berfikir mahu mengundurkan diri dari bidang seni.
Luna yang juga seorang model itu mengatakan keputusan itu mahu diambil sewaktu dirinya baru berkecimpung dengan dunia media sosial, terutama saat zaman Twitter sedang popular.
"Saya sempat terkejut dan tertekan sewaktu awal ikut terjebak dalam dunia media sosial.
"Waktu itu saya agak aktif di Twitter, tapi kemudian saya mula dikecam atau kena buli siber. Jadi saya tak mengerti kenapa dibuli," katanya saat menjadi tetamu di acara Ari Lasso N Friends seperti yang diambil dari portal Liputan6.com pada Jumaat.
Oleh kerana tak tahan dibuli apa lagi mengetahui dirinya mempunyai haters, Luna mengatakan dia ingin keluar dari dunia seni.
"Saya fikir kenapa hidup saya tak disenangi dan mulai ada haters. Kenapa ini terjadi? Berhenti (berlakon) sajalah," akuinya.
Setelah itu dia pun sempat memikirkan alternatif jika tak lagi menjadi artis.
Kata Luna Maya, dia mahu menekuni bisnis dan sempat menjual beg selama satu tahun pada 2010 hingga 2011 kerana tidak mempunyai pekerjaan pada waktu itu.
"Saya pernah tidak mempunyai pekerjaan dari tahun 2010 sampai 2011 jadi saya jual beg,
"Tahu tak apa hasilnya? Saya mampu beli kereta jenis Lexus!" kata Luna Maya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Che Ta ‘Naik Hantu’ Anak Dihina Berpakaian Seperti Pelacur - “Surat Saman Bakal Menyusul, Saya Tuntut Video Permohonan Maaf!”

gempak
20/09/2024
04:58 MYT
Pelakon, Rozita Che Wan membuat laporan polis selepas ada individu bertindak meninggalkan komen jelik terhadap anaknya, Aaisyah Dhia Rana termasuk menyamakan kanak-kanak itu berpakaian seperti seorang pelacur.
Hiburan

Dituduh Buat Laporan Polis Terhadap ‘Abang Bas’, Diana Danielle Minta Netizen Kemukakan Bukti! - “Nak Maki Pun, Carilah Fakta Yang Betul…”

gempak
20/09/2024
00:55 MYT
Pelakon Diana Danielle menegaskan dia tidak pernah membuat laporan polis terhadap pemandu bas atau ‘Abang Bas’ seperti yang didakwa segelintir netizen di laman sosial.
Viral

Individu Geram Dengan Sikap Ibu Bapa Pentingkan Diri Sendiri, Pilih Tempat Percutian Tanpa Fikir Keselesaan Anak - “Tak Faham Kenapa Mereka Bebal Macam Tak Ada Otak…”

gempak
19/09/2024
21:55 MYT
Tular di aplikasi X, seorang individu meluahkan rasa berang terhadap sikap segelintir ibu bapa zaman sekarang yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan tentang anak-anak.
Viral

“Pernah Kena Marah Dengan Mak Sebab Tertinggal Botol Kat Sekolah” - Netizen Mula Kongsi Kenangan Miliki Tupperware

gempak
19/09/2024
09:25 MYT
Nama bekas plastik dan produk dapur terkenal iaitu Tupperware hangat diperkatakan di media sosial selepas ada dakwaan mengatakan jenama itu bakal memfailkan permohonan muflis minggu ini.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.