HIBURAN
Lufya Terkilan Pramugari Biadap Dengan Adik - “How Dare You Cursing My Sister! Budi Bahasa Tak Ada, Kurang Ajar Ada”
Penyanyi, Lufya Omar meluahkan rasa terkilan dengan sikap biasa seorang kru penerbangan terhadap adiknya, Dr. Naifah.
Didakwa biadap dan menggunakan kata-kata kesat
Lufya berkongsi pengalaman yang kurang menyenangkan itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya pada Selasa.Menerusi catatan tersebut, Lufya mendedahkan pramugari itu secara biadap telah mengeluarkan kata-kata kesat terhadal Dr. Naifah.
“Siapa tak marah malah dia dimaki! Dia sanggup tak beraya dengan keluarga Raya Haji ni. Budi bahasa untuk menenangkan tak ada, kurang ajar ada.“Kenapa pekerja @flyairasia teruk sangat ni??! Siapa perempuan ni? How dare u cursing my sister "fuc* you! “Awak dah delayed my sister flight without reasonable reason and you calling her that! Apa teruk sangat pekerja @flyairasia ni? Iklan bukan main! “Dia nak balik Sabah dari KI sebab nak selamatkan nyawa orang! Kepakaran dia diperlukan dan korang suka-suka delayed flight dia dari jam 4 ke jam 6 petang semalam.
“Setitik nila boleh rosak susu sebelanga. Kalau paham bahasa la! Take serious action on this matter please,” tulisnya.
ARTIKEL BERKAITAN:Isu Kabin Kru, Zeera Azizi Beri Nasihat - “Sebelum Bercakap Kena Berfikir Sama Ada Perkataan Itu Buat Orang Terasa Atau Tidak”
ARTIKEL BERKAITAN:Isu Kru Penerbangan, Zarul Umbrella Luah Rasa Kesal - “Sebagai Bekas Cabin Crew Saya Kecewa, Semua Diajar Layan & Served Penumpang Sama Rata”
ARTIKEL BERKAITAN:Fazura Komen Isu Fasha Sandha Terkilan Ditegur Pramugari - “Ia tidak Menentukan Status Atau Kestabilan Kewangan Sesiapa”
ARTIKEL BERKAITAN:Fasha Sandha Sudah Maafkan Pramugari, Tapi Tak Akan Lupakan - “Semoga Dia Yang Tersalah Tutur Kata Itu…”
ARTIKEL BERKAITAN:"Jadi Pramugari Ajar Saya Bersabar, Berkomunikasi Lebih Baik" - Ziana Zain
Sebelum ini, aktres Fasha Sandha juga pernah berkongsi pengalaman kurang menyenangkan ketika menaiki sebuah penerbangan sempena sambutan Aidilfitri yang turut jatuh pada hari ulang tahun perkahwinannya pada 30 Mac lalu.Menerusi catatan yang dimuat naik Fasha di Instagramnya, dia mendedahkan dirinya ditegur oleh seorang pramugari dengan pertanyaan yang dirasakannya tidak wajar.
Must-Watch Video