,
Laman Utama

Lufya Anggap Nilai Mut’ah RM1 Juta Wajar Atas Dasar Pengorbanan ... - “Saya Tak Pernah Minta…”

Asyikin Mayudin
10/05/2023
07:50 MYT
Pelakon dan penyanyi Lufya Omar menjelaskan tuntutan Mut’ah RM1 juta terhadap bekas suaminya iaitu Dr. Che Muhammad Hafiz Che Baharum berdasarkan pengorbanan yang dilalui sepanjang perkahwinan.
Menurut Lufya menerusi video yang dikongsikan di Instagram Hlive, jumlah itu adalah wajar memandangkan ia dapat membantu untuk dia meneruskan kehidupan membesarkan anak mereka.
“Tuntutan Mut’ah itu adalah bedasarkan kepada pengorbanan saya dan apa yang sudah berlaku sepanjang perkahwinan. Dahulu, pendapatan saya kukuh.
“Selepas berkahwin, saya melepaskannya atas sebab-sebab tertentu. Untuk bangun balik ia memerlukan masa yang agak panjang. Jadi saya perlu merancang untuk kehidupan kami,” katanya
Lufya memberitahu dia mengambil masa lama kerana memerlukan masa untuk membuat persediaan dari segi mental dan fizikalnya selain perlu. membesarkan anak perempuan mereka, Laana Haura.
“Penceraian kami pun mengambil masa agak panjang. Saya juga perlukan masa untuk buat persediaan mental dan fizikal. Pada masa yang sama, saya juga perlu membesarkan anak.
“Walaupun cuma seorang anak, ia bukan mudah dengan keadaan saya dahulunya seorang artis yang sangat aktif bekerja. Saya tak pernah minta apa-apa pun selama ini walaupun barang.
“Saya beri masa untuk Hafiz fokus memberi nafkah kepada anak. Saya pun nak stabilkan diri juga. Bila sudah difitnah, sebagai ibu tunggal saya mahu mendapatkan pembelaan.
“RM 1 juta bukan nilai saya, tapi untuk keadilan,” tambahnya.
Lufya ditemui media di Mahkamah Tinggi Syariah bagi sebutan kes pada pagi Rabu namun bekas suami Dr. Che Muhammad Hafiz Che Baharum tidak hadir.
Terdahulu, Lufya memfailkan tuntutan Mut’ah bernilai RM1 juta terhadap bekas suaminya, Che Hafiz di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 2 Mac yang lalu.
Lufya dan Hafiz pernah mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata Laana Haura, 5.
Namun begitu, mereka sah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam pada pada 17 Jun 2020.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Hafiz Suip Punya Suara Tersendiri, Sayang Jika Persia-Siakan Bakat" - Dayang Nurfaizah

gempak
23/11/2024
05:55 MYT
Penyanyi Dayang Nurfaizah menyifatkan Hafiz Suip antara bakat muda yang mempunyai keistimewaannya tersendiri.
Hiburan

Hafiz Hamidun Akui Tidak Fobia Untuk Berkahwin Sekali Lagi - “Kalau Ada Rezeki…”

gempak
01/10/2024
00:55 MYT
Komposer dan penyanyi nasyid, Hafiz Hamidun menegaskan bahawa kegagalan dari hasil perkahwinannya yang lepas bukanlah salah satu faktor ketakutannya untuk berkahwin sekali lagi.
Hiburan

Hafiz Hamidun Jadi 'Buruan' Di Indonesia, Ada Sampai Ajak Kahwin! - "Mereka Guna Wajah Saya Untuk ..."

gempak
29/09/2024
03:55 MYT
Penyanyi dan komposer lagu nasyid, Hafiz Hamidun, mendedahkan bahawa wajahnya telah disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab di Indonesia.
Viral

Hafiz Mahamad Tampil Beri Penjelasan Video Kaabah, Siap Buat Lakonan Semula Nak Bagi Faham - “Apabila Awak Sentuh Tentang Islam, Saya Sebagai…”

gempak
06/08/2024
05:26 MYT
Hafiz Mahamad akhirnya tampil memberi penjelasan berhubung sepotong video tular memaparkan kekecohan ketika mahu mencium hajar aswad sehingga didakwa mempermainkan agama.
Hiburan

Ajai Minta Doakan Yang Terbaik Buat Hafiz Suip – “Saya Rasa Dia Takkan Hilang Dalam Industri, Rugi…”

gempak
29/07/2024
21:55 MYT
Komposer dan penyanyi Ajai menyifatkan penyanyi bervokal mantap, Hafiz Suip sangat professional dalam bekerja biarpun didakwa sedang berdepan masalah.
Unitar