,
Berita

Lubang Sedalam Satu Meter Dikesan Di Kompleks Bunga Raya KLIA

Gempak
25/09/2024
07:24 MYT
Sebuah lubang benam dikesan di laluan masuk ke Kompleks Bunga Raya, Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada pagi Rabu.

JKR Ambil Tindakan

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sepang dalam satu kenyataan memaklumkan jalan di sekitar lubang tersebut masih boleh digunakan namun lokasi yang benar-benar hampir sudah ditutup.
Menurutnya, anggaran kedalaman lubang tersebut adalah satu meter dengan lebar 5.4 meter dan panjang lebih empat meter.
Tambah kenyataan itu lagi, pemeriksaan di tapak mendapati terdapat satu lurang kumbahan milik KLIA yang berada berhampiran kawasan lubang benam.
Pihak JKR turut mengesyaki kebocoran paip di lurang kumbahan menjadi punca terbentuknya lubang benam tersebut.

“JKR telah melakukan beberapa tindakan seperti melaporkan kejadian kepada Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

“JKR juga melakukan pemantauan dan pemeriksaan di tapak serta pemasangan Pelan Pengurusan Trafik (TMP) oleh pihak MAHB.
“Laporan terperinci akan dikeluarkan oleh pihak MAHB setelah selesai siasatan dibuat dan pihak JKR & Roadcare akan memberikan bantuan sekiranya diperlukan oleh pihak MAHB,” menurut kenyataan tersebut.

BERITA TRENDING: Demi Konten, Wanita Sanggup Bahayakan Nyawa Kanak-Kanak

BERITA TRENDING: Polis Buru Lelaki Gemar Buang Air Besar Di Laluan Jiran

BERITA TRENDING: Menteri Pendidikan Kekal Keputusan UPSR & PT3 Dimansuhkan - "Anak-Anak Bukan Tikus Makmal"

BERITA TRENDING: Hidup ‘Papa Kedana’, Lelaki Dengan Pendapatan RM13 Sehari Miliki Dua Isteri

Punca kejadian masih dalam siasatan.
Sumber: AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Demi Konten, Wanita Sanggup Bahayakan Nyawa Kanak-Kanak

gempak
23/09/2024
23:55 MYT
Video aksi berbahaya seorang wanita yang duduk di tepi perigi dengan seorang kanak-kanak berpaut pada kakinya yang tergantung di dalam perigi mengundang kemarahan warganet.
Berita

Polis Buru Lelaki Gemar Buang Air Besar Di Laluan Jiran

gempak
23/09/2024
23:13 MYT
Polis Britain masih memburu seorang lelaki yang gemar membuang air besar di laluan milik jirannya.
Berita

Menteri Pendidikan Kekal Keputusan UPSR & PT3 Dimansuhkan - "Anak-Anak Bukan Tikus Makmal"

gempak
23/09/2024
10:25 MYT
Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) kekal dimansuhkan dan tidak dikembalikan semula setakat ini.
Berita

Kontraktor Umur 51 Tahun Dituduh Bunuh Bekas Pelumba Motosikal Negara Elly Idzlianizar

gempak
23/09/2024
08:30 MYT
Seorang kontraktor dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas tuduhan membunuh bekas pelumba motosikal negara, Elly Idzlianizar Ilias, 10 September lalu.
Berita

Hidup ‘Papa Kedana’, Lelaki Dengan Pendapatan RM13 Sehari Miliki Dua Isteri

gempak
22/09/2024
23:55 MYT
Seorang peniaga makanan bergoreng yang hidup miskin mempunyai dua orang isteri dan tinggal di sebuah rumah daif di wilayah Jawa Timur.