gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
GAYA HIDUP
“Jangan Basuh Najis Lembu Dalam Sungai!” - PHM Tegur Tindakan Salah Ketika Ibadah Korban
HIBURAN
Aliff Syukri Bermalam Di Rumah Bibik Tudung Di Surabaya, Bangga Pekerja Hidup Selesa Selepas 15 Tahun - “Dulu Ada Rumah Buluh Saja”
GAYA HIDUP
Nak Daging Korban Cepat Empuk? Rendam Guna Nanas, Bukan Sudu!
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Luahan Perasaan Marissa Dania, Tetap Jadi Pelindung Untuk Arwah Anak - “Itu Bukan Bermakna Tiada Kasih Sayang & Ruang Untuk…”

gempak
Asyikin Mayudin
21/04/2025
04:55 MYT
Sponsor Banner
Luahan Perasaan Marissa Dania, Tetap Jadi Pelindung Untuk Arwah Anak - “Itu Bukan Bermakna Tiada Kasih Sayang & Ruang Untuk…”
Tular di TikTok perkongsian anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marrisa Dania mengenai luahan perasaanya.

Pelindung untuk anak

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instastory itu, Marissan berkata dia tetap akan menjadi pelindung kepada cahaya mata pertamanya yang sudah tiada.

“Tak ada siapa boleh lindungi awak macam mana saya buat. Walaupun awak tak ada di sini lagi, tak kira apa yang terjadi, saya akan sentiasa menjadi pelindung awak,” luahnya.

Syukur pernah merasai pengalaman hamil dan melahirkan, namun pempengaruh ini juga berharap orang berhenti melemparkan kata-kata tanpa memikirkan perasaannya.

“Alhamdulillah saya sempat mengandungkan dan melahirkan, cuma tak ada peluang untuk menjaga anak saya.

“Tapi itu bukan bermakna tiada kasih sayang dan ruang untuk berkata sesuka hati,” ujarnya.
Untuk rekod, Marissa bernikah dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada Disember 2023.

ARTIKEL BERKAITAN: "Biarlah Orang Nak Kecam, Kutuk, Saya Tetap Bersama Hingga Akhir Hayat" - Suami Titip Kata-Kata Semangat Buat Abby Abadi

ARTIKEL BERKAITAN: Aslam Sedar Tanggungjawab Poligami, Cuba Berlaku Adil Buat Isteri-Isteri - "Mereka Tak Kongsi Tempat Tinggal, Nafkah"

ARTIKEL BERKAITAN: "Jagalah Aslam Tu Baik-Baik Ye Marissa" - Abby Abadi

Pada tahun lalu, Marissa dilapor melahirkan bayi pra matang ketika kandungannya berusia enam bulan namun anaknya tidak dapat diselamatkan.
Isu melibatkan Marissa dengan ibunya iaitu Abby Abadi kembali menjadi perbualan hangat di laman sosial selepas aktres itu mendedahkan menantunya, Aslam masih belum memohon maaf kepadanya.
Kemelut itu semakin berleretan apabila Marissa tampil menafikan dakwaan dirinya menjadi mangsa eksploitasi Aslam seperti didakwa dan meminta ibunya untuk berhenti sebarkan berita tidak benar.
Abby bagaimanapun meluahkan rasa kesal dengan kenyataan anak perempuannya itu dan memilih untuk tidak lagi mencampuri urusan Marissa.
Topic Berkaitan
#Abby Abadi
#Norman Hakim
#Marissa Dania
#Aslam
#Umisya Mazlan
Must-Watch Video