Hiburan
Luahan Hati Suami Kiah Propa Buat Pak Azad & Nabil Ahmad Menangis - “Semoga I Sihat Kembali, Kita Hidup Bahagia Semula”
Video ketika suami kepada pelakon Kiah Propa iaitu Mohamad Nazri Ismail menghubungi 3 Pagi Era pada Khamis yang dimuat naik di laman sosial mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen.
Ucapan terima kasih
Menerusi video tersebut, Nazri mengucapkan terima kasih kepada Kiah Propa yang sanggup menerimanya buat kali kedua dalam keadaan dirinya berdepan masalah kesihatan yang serius.
“I nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kat you tau. Terima kasih kerana you sudi menerima I kali kedua. Ini adalah hikmah yang tak ternilai tau. Terima kasih.
“Dalam keadaan macam ini you terima I. Terima kasih semua yang mendoakan. Semoga I sihat kembali. Kita hidup bahagia semula, I love you tau,” katanya.
Penyampai 3 Pagi Era iaitu Pak Azad dan Nabil Ahmad turut tidak dapat menahan sebak dan menangis ketika mendengar luahan suami Kiah Propa.
Mohon diberikan kesihatan baik
Kiah yang turut menangis berkata dia hanya mengharapkan suaminya terus kuat dan mohon agar dirinya juga diberikan kesihatan untuk menempuh ujian.
“Minta I sihat, untuk jalani semua. Terima kasih, jaga diri baik-baik. I minta satu saja, you kuat apa-apa pun datang asbab daripada Allah. Kita adalah hamba dia. You kena kuat,” katanya dalam keadaan sebak.
Dalam pada itu, Nazri memberitahu kekuatannya kini hanya disebabkan Kiah dan anak-anak.
“I kuat untuk you dan anak-anak,” ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN: “Permintaan Dia Sebelum Menutup Mata…” - Kiah Propa Kembali Berkahwin, Mahu Jaga Bekas Suami Sakit Kanser Leher
Sebelum ini Kiah Propa berkata doktor memaklumkan kanser yang menyerang suaminya, Mohamad Nazri Ismail kini sudah merebak di beberapa anggota tubuh badan.
Mengakui tidak kuat menghadapi ujian itu, Kiah berkata, kanser tersebut kini mula menyerang di bahagian dada, paru-paru dan ketiak.
Pada 18 November lalu, Kiah kembali bergelar isteri kepada Muhammad Nazri Ismail.
Kiah berkata, dia terbuka untuk kembali bertaut kasih bersama bekas suami dengan niat untuk menjaganya yang sedang berjuang melawan penyakit kanser.
Must-Watch Video