HIBURAN
Luahan Hati Fattah Amin Untuk Anak Bikin Sebak, Netizen Harap Fatimah Akan Faham - “Walaupun Sekarang Daddy Tidak…”
Luahan hati pelakon, Fattah Amin terhadap anak perempuannya, Fatima Aisya mengundang rasa sebak netizen.
Dalam satu temu bual bersama pengacara Janna Nick, pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot itu mengakui bahawa dia sebenarnya tidak mahu anaknya melalui pengalaman membesar dalam sebuah keluarga yang berpecah.
"Kalau diberi peluang untuk daddy sendiri cakap dengan Fatima, daddy memang tak nak perkara ini jadi. Daddy sayangkan Fatima."
"Fatima tahu macam mana daddy sayangkan Fatima, dari lahir sehingga kini. Sepanjang kita bersama, daddy simpan semua kenangan dalam telefon. Walaupun sekarang ini, daddy sudah tidak lagi duduk dengan Fatima tapi daddy harap Fatima tak lupakan daddy." kata Fattah.
Pada masa sama, Fattah juga menyatakan hasrat untuk terus meluangkan masa berkualiti bersama anak kesayangannya itu.
"Daddy akan sentiasa cuba untuk luangkan masa dengan Fatima sebaik mungkin. Daddy nak bawa Fatima pergi jalan-jalan, kita pergi taman, beli toys dan apa sahaja yang buat Fatima gembira. Bila Fatima besar nanti, Fatima akan faham keadaan sebenarnya." tambahnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sedih apabila mendengar luahan hati Fattah dan berharap Fatima akan memahami situasi ini satu hari nanti.
“Fatima akan tengok video ni dan dia akan faham. Fatima takkan salahkan dady atau mummy kan.
“Terima kasih Janna kerana beri peluang pada Fattah meluahkan isi hati terhadap puterinya Fatima Aisya dlm podcast ini. Semoga Allah permudahkan segala urusan kalian di dunia dan di akhirat, aamiin Ya Rabb.
“Allahu Akbar! Macam dia tengah cakap dengan Fatimah 😭 Lansung dia tak burukkan ex wife dia. Mulia sungguh.
“Semoga Fatimah dengar ape yg dadu sampaikan.sybyg berdarah air mata.😭😭sebak hati Sy dengar Fattah Amin bercakap,” komen warganet.
Sekadar Info, Fattah dan Fazura telah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan pasangan ini bagaimanapun sah bercerai pada 7 Oktober tahun lalu.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya.
Bagi hak penjagaan anak pula diserahkan sepenuhnya kepada pelakon Fazura. Manakala, Fattah dibenarkan bermalam dua kali dan lawatan tiga kali seminggu.
Must-Watch Video