,
Laman Utama

Lovenya! Faizal Tahir, Mirwana Reunion Setelah 16 Tahun, Pilih berkolaborasi Di Lagu Ini

Maliah Surip
09/04/2021
03:20 MYT
Tanpa Mirwana tiadalah Faizal Tahir. Saya cuma ingin mengembalikan nostalgia dan ini adalah satu penghargaan buat mereka.” Kata Faizal Tahir setelah mengejutkan ramai orang apabila beliau kembali berkolaborasi bersama Mirwana menerusi lagu Aku Tanpa CintaMu 2021.
Setelah 16 tahun, rata-rata netizen berasa amat teruja dan meniggalkan komen yang baik setelah melihat posting Faizal dan Mirwana di laman media sosial mengenai ‘reunion’ ini.
Bersama dengan Hafiz, Izzat, Akmal dan Along, Faizal Tahir merupakan salah seorang anggota Mirwana dan telah keluar dari kumpulan tersebut pada tahun 2005.
Setahun selepas itu, Faizal telah menyertai sebuah pertandingan nyanyian realiti dan sejak itu beliau terus mengorak langkah sebagai penyanyi solo sehinggalah ke hari ini di mana Faizal juga telah mencipta nama sebagai komposer dan penerbit muzik yang berada di kelas tersendiri.
Mirwana pula tetap meneruskan perjalanan mereka dan terus bergiat aktif dalam arena nasyid bersama beberapa anggota baharu.
Aku Tanpa CintaMu telah membawa tuah kepada kumpulan nasyid Mirwana dan Jay Jay apabila diangkat sebagai Lagu Nasyid Pilihan Anugerah Era 2005.
Alunan melodi yang merdu serta bait-bait lirik yang menyentuh jiwa telah berjaya meletakkan Mirwana sebagai antara kumpulan nasyid paling popular ketika itu.
“Saya tahu ramai yang bertanya dan ingin kami berkerjasama semula, saya dan Mirwana sebenarnya sudah berbincang dari beberapa tahun lepas lagi, cuma tunggu masa yang sesuai. Saya rasa ini adalah waktu yang baik untuk mengeluarkan lagu ini.” Jawab Faizal mengenai bagaimana bermulanya projek ini.
Wakil dari kumpulan Mirwana, Hafiz pula berkata: “Yang lebih penting adalah ukhuwah diantara kami, keluarga dan sahabat diharap akan lebih erat dan baik.
"Sejak kebelakangan ini, kami dapat melihat pelbagai usaha yang dilakukan oleh penggiat seni untuk mengangkat semula nasyid dan kami tidak mahu ketinggalan. Maka 2021 adalah tahun yang tepat untuk kami susuli dengan sebuah lagu nostalgia yang diberi nafas baru.”
Apabila ditanya mengenai pengunduran Faizal Tahir pada 16 tahun yang lalu, Hafiz berkata: “Itu adalah satu keputusan yang tepat. Jelas ketika itu, Mirwana mempunyai hala tuju muzik, cara dan matlamat yang sedikit berbeza.
" Alhamdulillah nampaknya impian dan hasrat Faizal dengan muzik beliau lebih berhasil dan berjaya apabila diteruskan secara solo dan itu sesuatu yang sukar untuk kami capai bersama.”
Lebih menarik lagi, kesemua ahli baharu kumpulan Mirwana iaitu Naim, Faiz dan Ikram turut sama menjayakan muzik video Aku Tanpa CintaMu 2021 yang mengangkat tema dan isu penderaan kanak-kanak.
“Isu penderaan ini adalah satu gejala dan tragedi yang mesti diberi perhatian oleh semua. Mudah-mudahan menjadi asbab hidayah Allah agar menyentuh hati dan jiwa masyarakat.” tambah Hafiz.
Aku Tanpa CintaMu 2021 juga telah dimuatkan dalam koleksi audio ‘Qibla’ yang baru dilancarkan oleh Faizal dan syarikat rakamannya, Faithful Music. Selain itu Faizal turut memuatkan rakaman semula Ceria Aidilfitri dan lagu baru berjudul Syahadah bersama dengan sepuluh klip audio tadabbur yang dibaca olehnya sendiri.
Semoga lagu Aku Tanpa CintaMu 2021 ini dapat mengubat kerinduan para peminat kumpulan Mirwana dan semoga Ramadan ini memberi makna kepada seluruh umat Islam.
Aku Tanpa CintaMu adalah karya sepenuhnya oleh Mujahid Abdul Wahab manakala sususan muzik versi 2021 ini pula telah digubah oleh Adib Hussin dan Faizal Tahir sendiri. Lagu ini adalah terbitan Faithful Music dengan kerjasama Universal Music Malaysia sebagai pengedar.
Dengarkan Aku Tanpa CintaMu 2021 di semua pelantar muzik digital seperti Spotify, Apple Music dan Joox bermula 9 April 2021 manakala video muzik rasmi pula pada 12 April 2021 di saluran YouTube Faizal Tahir.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ulul Azmi Lagu Nasyid Berdurasi 10 Minit, AWLA Bekerjasama Dengan Jenny Chin - "Muzik Ala Disney, Ada Sentuhan Timur Tengah"

gempak
17/09/2024
20:21 MYT
Kumpulan nasyid AWLA tampil dengan single terbaharu berjudul Ulul Azmi dengan durasi hampir 10 minit!
Hiburan

Netizen Bengang Jenama Fesyen Terkenal Bekerjasama Dengan Aliff Aziz? – “Done Unfollow! Tak Ada Manusia Lain Lagi Ke?"

gempak
11/09/2024
06:55 MYT
Aktor sensasi Aliff Aziz mencuri tumpuan warganet apabila tampil dalam perkongsian sebuah jenama rumah fesyen terkenal tanah air, FiziWoo, baru-baru ini.
Hiburan

Penyanyi Nasyid Saujana, Dr Idzu Dapat Gelaran Datuk! - "Saya Rasa Macam Dilahirkan Semula"

gempak
26/08/2024
23:50 MYT
Penyanyi nasyid kumpulan Saujana yang juga ahli perniagaan Dr Idzu Baharin menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) yang membawa gelaran Datuk sempena Sambutan Hari Jadi ke-75 Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam, pada Isnin.
Hiburan

Universal Music Malaysia & Alternate Records Kini Jadi Rakan Strategik, Pacu Revolusi Muzik Tempatan!

gempak
15/07/2024
18:00 MYT
Dua ‘label’ berkolaborasi menjadi rakan strategik pemasaran muzik tempatan! Gabungan antara syarikat rakaman muzik tempatan Alternate Records dan syarikat rakaman bertaraf antarabangsa, Universal Music Malaysia dijangka membawa revolusi dalam landskap muzik tempatan dan bakal membuka peluang baharu untuk artis-artis tempatan untuk meluaskan pengaru
Gaya Hidup

Pestle & Mortar Clothing Mengorak Langkah Ke Hadapan Menerusi Kolaborasi Bersama Jenama Aksesori Antarabangsa!

gempak
09/06/2024
07:25 MYT
Jenama pakaian tempatan popular, Pestle & Mortar Clothing melangkah setapak ke hadapan dengan menjalinkan kerjasama bersama Casetify.