Laman Utama
Love In Lockdown Papar Kisah Pahit & Getir Barisan Hadapan Ketika Pandemik
Pernahkah anda terbayangkan bagaimana kumpulan barisan hadapan, khususnya mereka yang bergelar doktor melalui hari-hari sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau lockdown ketika COVID-19 mula-mula mengganas dua tahun lalu?
Hal ini yang ingin diketengahkan oleh platform penstriman Sooka menerusi drama original pertama terbitan mereka, Love in Lockdown.
Diarahkan oleh Mai Fernandez, Love in Lockdown mengisahkan tentang kesukaran yang dialami oleh individu serta keluarga akibat pandemik COVID-19.
Dihasilkan melalui kerjasama dengan syarikat produksi tempatan, Pho Sumpro, siri ini akan disiarkan sebanyak 10 episod secara eksklusif di Sooka bermula 20 Februari ini.
“Pelancaran Love in Lockdown ini adalah permulaan yang mantap bagi Sooka untuk meluncurkan 20 kandungan Sooka Originals sepanjang 2022, yang bakal dihasilkan melalui kerjasama kreatif kami dengan beberapa syarikat produksi dan pencipta kandungan tempatan, seperti Pho Sumpro, Thinker Studios, Petra Vision Works, KL Motion Pictures Co., KRU, Michael Ang dan banyak lagi.
“Kisah yang ingin kami sampaikan melalui Sooka Originals bermula daripada aspirasi jenama kami untuk menjadi lebih berani, berwawasan dan berbeza; dan kami ingin merealisasikannya melalui kerjasama dengan rakan kongsi kandungan tempatan yang mahir di dalam bidang penceritaan, dan yang memahami elemen yang dicari oleh khalayak dalam kandungan tempatan yang hebat,” ujar Ketua Rancangan Sooka, Emarina Mohd. Kamal.
Love in Lockdown dilakonkan oleh pelakon-pelakon hebat seperti Siti Saleha, Julia Farhana Marin, Shah Iskandar, Sara Mac dan Bella Rahim.
Sejak dilancarkan pada Jun 2021, matlamat Sooka adalah untuk menjadi aplikasi penstriman hiburan tempatan pilihan utama yang diminati generasi milenial tempatan, dan menyasarkan untuk menerbitkan lebih banyak lagi kandungan hiper-tempatan yang relevan untuk generasi tersebut.
Sasaran ini dilihat makin hampir untuk direalisasikan bersempena pelancaran siri Love in Lockdown.
“Apa yang membezakan Sooka ialah keupayaan kami untuk menawarkan acara sukan global dan tempatan secara langsung, dan pada masa sama menggabungkan pelbagai cita rasa tempatan seperti drama lokal bersiri dan filem, serta rancangan hiburan realiti live ke dalam satu aplikasi.
“Dengan perancangan untuk melancarkan lebih banyak kandungan Sooka Originals tahun ini, penonton dapat menikmati penghasilan karya yang lebih banyak menerapkan elemen, citarasa, dan nilai lokal bersesuaian dengan minat dan pilihan golongan milenial tempatan,” ujar Emarina lagi.
Love in Lockdown boleh didapati secara eksklusif di Sooka. Penonton boleh menyaksikan 2 episod pertama secara percuma mulai 20 Februari 2022, dan menonton episod selebihnya dengan melanggan Pelan Hiburan VIP Sooka pada harga RM15.90 sebulan atau Pelan VIP+Sports pada harga RM41.90 sebulan.
Untuk memenuhi keinginan anda untuk kandungan terbaik tempatan dan aksi sukan secara langsung, langgan Pelan VIP sooka sekarang atau muat turun aplikasi sooka daripada Apple Store atau Google Play Store. Untuk mendapatkan maklumat terkini, sila ikuti sooka di Facebook (sooka Malaysia) dan Instagram (@sookamalaysia), atau kunjungi sooka.my.
Must-Watch Video